Setakat meramaikan ahli, bagus PKR membuka pintu rumahnya untuk pelbagai lapisan rakyat menyertainya, dengan penuh kesedaran bahawa mereka bertanggungjawab dalam memulihkan Malaysia diterajui DS Anwar Ibrahim
.Cuma sedikit peringatan dari saya yang tak cemerlang, gemilang, terbilang NAMUN tetap setia dengan perjuangan ini. JANGAN sampai strategi pengkhianatan Mahathir berulang lagi! JANGAN juga kerana mereka sudah arif tentang sikap keterbukaan, keikhlasan DSAI dalam menerima sokongan sesiapa dalam melaksana reformasi, mereka sekadar menjadi sokongan yang membawa rebah kemudian hari.
Benar perjuangan PKR bukan utk merebut jawatan atau sekadar
menang PRU sahaja. TETAPI jika tidak berjawatan bagaimana merencana gerak
kerja, mendapat sokongan dan jika tidak menang BILAkah Malaysia akan
direformasi?
JANGAN sampai Reformasi terus menjadi ilusi yang tidak mungkin
menjadi realiti. Dr Burhanudin al Helmy tidak dapat melaksana islahnya kerana
kefahaman waktu itu amat berbeda dan sokongan tidak dapat disatukan seluruh
negara kerana serba kekurangan kaedahnya.
Sekarang, jika strategi diatur dengan baik, kesedaran khusus
kepada anak muda disampaikan dengan jelas, maka TIDAK mustahil Reformasi 2.0
dalam norma baru akan berlaku.
Namun dalam keghairahan DSAI mendapat sokongan orang muda dan
menjadikan DSAI adiwira JANGAN pernah lupa pengorbanan orang lama yang sekarang
sudah tua, sekurang2nya kenang doa mereka WALAU reformasi 2.0 tidak dapat
mereka sertai kerana perbedaan teknologi dan keadaan fizikal yang tidak
membenarkan mereka beraksi lagi.
Sesungguhnya DSAI tidak bersama kami secara fizikal di Reformasi
1.0 dimana kami dihujani air kimia, dikejar, diserang, disepak diterajang. 6
tahun kami berperang dengan penguasa tiada perikemanusiaan menafikan hak kami
sebagai rakyat menuntut keadilan.
Setelah DSAI dibebaskan, kami merasa sungguh bangga dapat
bersama walau 6 tahun kami berjuang hanya dengan laungan REFORMASI tiada sosok
DSAI memimpin kami.
Hari ini Reformasi dilaungkan dan DSAI dapat menerajui anak muda
zaman ini. Dalam memenuhi harapan mereka sebagai pewaris negara, jangan abaikan
nasihat yang lama, yang tua. Doa tetap senjata ampuh dalam setiap perjuangan.
Kami pernah muda dan lebih 20 tahun melalui, menanti, Reformasi
menjadi realiti. Ramai antara kami sudah kembali tanpa menikmati Malaysia
direformasi. Kali ini gagasan baru anak muda alaf ini, PASTI akan terkabul jika
setiap yg menyumbang dihargai walau sekadar doa!
DSAI, kami tetap setia bersama kerana agenda DSAI memulih dan
mengangkat negara tercinta. Samada DSAI bersama atau tidak kami tetap
menggenggam obor reformasi. Sekiranya barisan muda alaf baru ini tidak
mengerti, menyambut obor dan menggantikan kami, maka Reformasi akan terus
menjadi ilusi. Biarlah anak muda alaf ini menjadi penyambut obor sebagai suatu
transisi agar semangat Reformasi terus menerangi BUKAN sekadar trend yang
berubah mengikut selera zaman.
Biar lagu Reformasi didendang secara pop, rock, keroncong,
blues, ballad, rap, punk atau irama apa pun yang sesuai dengan pencinta seni
ASAL lirik Reformasi tidak diubah dari yang ASLI.
Terimalah sesiapa sahaja menyertai gerakan reformasi TANPA
agenda reformasi dikompromi, dinodai.
Ikhlas
KakIda
2/4/2021