NORMAN RADZUAN
PH, UMNO dan Bersatu mendesak..siapa terdesak?
UMNO DESAK DAN TERDESAK
PH desak kerajaan buka Parlimen, UMNO desak MPnya letak jawatan,
Bersatu desak UMNO bersama PN dan Menteri UMNO desak pemilihan parti. Dalam
desakan ini siapa sebenarnya terdesak?
Pastinya PH kini fokus kpd PRU15... itu adalah arahan terbaru DS
Anwar utk tidak mengharap lagi pada SD. Maksudnya PH hanya mendesak dan bukan
terdesak dlm situasi skg.
Kini UMNO yg dilihat terdesak. Siapa sangka parti ulung yg
bertahan lebih 60 tahun ini kini mendesak tak terdesak. UMNO mendesak Menteri
dari MPnya meletakkan jawatan manakala Menteri MPnya desak UMNO diadakan segera
pemilihan parti.
Ini kali ketiga saya menulis bahawa PRU15 hanya akn berlaku
selepas UMNO 'dihijack'. Muhyiddin dan Azmin tidak sebodoh itu mengadakan PRU
tanpa melakukan sesuatu utk merampas UMNO menerusi Hishamuddin & Co.
Muhyiddin dan Azmin tahu tanpa grassroot dan penyokong UMNO
mereka tidak mampu membentuk kerajaan sekali lagi. Muhyiddin dan Azmin tahu
pembentukkan kerajaan PN ini adalah kerajaan 'palsu'. Hanya 18 Parlimen dari
PAS yg dianggap tulen dan yg lainnya adalah mencuri dari pengundi PH dan BN.
Kita tidak menyangka UMNO yg dianggap unsinkable kini menjadi
sebuah parti yg lemah. UMNO sendiri tidak yakin utk bertanding sendirian atas
nama BN bersama MCA & MIC jika tidak bersama PAS. Disebabkan itu walaupun
PAS telah mengistiharkan parti itu bersama PN... UMNO tetap menjadi seperti
peminta sedekah utk bersama PAS.
UMNO juga seperti sudah tidak dipeduli lagi oleh parti2 dari
Sabah dan Sarawak. Lebih mengejutkan MIC sendiri sudah berani mengugut UMNO.
UMNO bila hilang kuasa parti2 komponennya meninggalkan mereka. Lebih mengaibkan
apabila MP mereka sendiri tidak pedulikan arahan Presiden mereka sendiri.
Pada firasat saya... Zahid dan Najib akn dipadamkan karier
politik mereka utk memudahkan UMNO dihijack. Apabila jawatan Presiden hilang
kerana kes mahkamahnya dijatuhkan hukum... maka modus operandi meng'hijack'
UMNO lebih mudah.
Bergemarlah kembali slogan 'Perpaduan Melayu' utk menghalalkan
kerjasama Bersatu/PAS/UMNO. Bersatu akn terus menjadi Tuan kpd UMNO utk tempoh
seterusnya. Namun ada beberapa persoalan jika ia berlaku...
a) Jika UMNO berjaya dihijack ada dua kemungkinan berlaku....
Pertama kerajaan yg ada akn terus kekal sehingga berakhir tempoh
PRU14 iaitu 2023. Kedua...PRU akn paling awal penghujung tahun ini.
b) Persoalannya apa jadi jika Nov baru berlaku pemilihan parti (
UMNO ) sdgkan Darurat akn berakhir pada Ogos ?
Tidak mustahil Darurat akn bersambung sehingga pemilihan parti
UMNO berlaku. Bagaimana dgn Belanjawan 2022... saya tidak pasti dari sudut
undang2 Darurat bagaimana.
Jadi tidak perlu lagi kita berteka teki bila tarikh PRU15.
Selagi UMNO tidak di'hijack' jgn bermimpi ia berlaku. PN tidak akn mampu menang
tanpa UMNO.
c) Persoalannya pula adakah PN sukar ditewaskan jika ada
gabungan 3 parti tersebut?
Sememangnya sukar tetapi tidak mustahil berlaku undi sabotaj
dari akar umbi UMNO yg merasakan parti itu telah menjadi 'hamba' kpd Bersatu.
PN boleh menghijack UMNO tetapi belum tentu mereka boleh hijack pengundi UMNO.
Sebab itu saya katakan PRU jika berlaku paling awal Dis atau
tahun hadapan. Ini kerana PN perlu penjenamaan 'Perpaduan Melayu' itu benar dpt
didoktrinkan ke pemikiran Melayu UMNO di kampung2 utk bersama mereka.
Tapi hati kecil saya berkata jika dpt dihijack kemungkinan besar
Muhyiddin akn pertahankan kerajaan PN sehingga 2023. Atas alasan Muhyiddin dan
Azmin tidak mempercayai PAS dan UMNO walaupun jawatan dan kuasa telah diberi.
Rentetan dari situasi politik terkini... yg mendesak dan
terdesak adalah UMNO sendiri. Yg tenang PH dan yg akn senang lenang parti lebai
dan Sarawak.