Selesai baca buku Riwayat Lim Goh Tong, bertajuk CERITA SAYA. Berjaya
menjadi pemilik Gunung Ulu Kali selepas memohon daripada kerajaan Pahang 4,940
hektar dan Selangor 1,110 hektar. Tanah tanah itu, dia dapat percuma dengan
status hak milik kekal dengan bantuan Tan Sri Noah, bapa mertua 2 Perdana
Menteri. Dia juga berjaya dapat subsidi kerajaan sebanyak RM 900,000. Zaman
itu, jumlah itu sangat lumayan nilainya.
Lesen Kasino pula diluluskan oleh kabinet hanya selepas 6 jam
permohonan di hantar sebelum mesyuarat kabinet berlangsung. Kementerian
kewangan pula membenarkan bayaran Lesen dibuat secara ansuran.
Kelulusan Lesen kasino pantas dan sebulat suara dalam mesyuarat
kabinet membuatkan Taukey Kasino di Macau Stanley Ho pun tak percaya bagaimana
lesen kasino di Malaysia diluluskan begitu cepat. Mendapat taraf perintis 5
tahun + 1 tahun (pengecualian cukai selama 6 tahun).
Kita semua pasrah hanya dengan nyayian lagu anak kecil bermain
api dan semestinya ada pihak yg dikambing hitamkan atas tergadainya semua ini.
_*Suhaimi Md Saad*_