Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Astro Awani
April 15, 2021 00:35 MYT
Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan PKP bersasar akan dilaksana di tempat tertentu yang berpotensi mencetuskan penyebaran. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga.
Beliau memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri di ibu negara hari ini.
“Tolong terus sediakan kemudahan selamat dan sesuai yang akan membantu memastikan tiada kesesakan dan mempertingkatkan kebersihan tempat tinggal pekerja, yang akan membantu mengurangkan risiko penyebaran virus.
“Ini juga peringatan bahawa kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula PKP.
“Bagaimanapun PKP bersasar akan dilaksana di tempat tertentu yang berpotensi mencetuskan penyebaran,” katanya lagi.