'Itu tanda-tanda jajaran politik baru' - Hadi ulas rakaman audio-NAMPAK KETAKUTAN DAN BERGANTUNG KEPADA UMNO DAN BERSATU.


Rakaman audio yang didakwa perbualan telefon antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Anwar Ibrahim adalah tanda-tanda akan ada 'jajaran politik baru' selepas PRU-15. Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kepada pemberita di Marang ketika diminta mengulas mengenai rakaman audio itu. Tegasnya, PAS menolak sebarang bentuk jajaran politik baru dan akan mengukuhkan kerjasama dengan Bersatu di bawah Perikatan Nasional.