IMMIGRESEN PATUT BATALKAN KERAKYATAN HISHAMUDDIN HUSSEIN

 

ULASAN | Bila Hisham terlajak cakap

malaysiakini.com
ULASAN | Bila Hisham terlajak cakap
KATA MP | Ingatlah bidalan Melayu, "kerana pulut santan binasa."


Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Walaupun kita dimerdekakan oleh British, tapi tak pernah dalam dasar politik mahupun kenegaraan kita menganggap kita ini kecil atau adik kepada mana-mana negara besar terutamanya sekali dari British.

Kita adalah setara dengan negara lain dari segi kedaulatan. Kita tidak memandang negara lain sebagai ketua kita... tak kisah lah negara kuat atau negara lemah... negara kaya atau negara miskin.

Malaysia tanah berdaulat... tanah tumpah darah orang Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Dayak, Murut, Kadazan, Dusun, Orang Ulu, Penan, Senoi, Semai, Jakun, Negrito dan apa sahaja puak yang ada yang lahir dan berkerakyatan Malaysia...

Jadi... pada kita tindakan yang dibuat oleh Menteri Luar Malaysia iaitu Hishamuddin Hussein yang menggelar Negara China sebagai "Abang Besar" adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima. Ini adalah sesuatu yang menghina kedaulatan (sovereign) Malaysia.

Kalau mengikut undang-undang, tindakan Hishamuddin Hussein ini adalah satu kesalahan besar yang dikira penderhakaan. Ianya serupa dengan mengisytiharkan perang dengan YDP Agong. Kesalahan sebegini sama ada boleh menyebabkan status kerakyatan Hishamuddin Hussein boleh dibatalkan atau dikenakan hukuman mati mandatori.

Ianya satu kesalahan yang tidak sepatutnya dibuat dan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.

Aku selaku rakyat menuntut satu kebertanggungjawaban dari Hishamuddin Hussein untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh warganegara dan juga meletakkan jawatannya sertamerta. Aku nasihatkan Jabatan Imigresen untuk menggantung kerakyatan Hishamuddin Hussein jika tidak membatalkannya.

Menghina kedaulatan (sovereign) negara secara jelas hukumannya adalah berat.