HADI KELUAR FATWA TAK SOKONG DARURAT PULA?
Hadi keluar fatwa tak sokong darurat pula?
- Apakah ini suatu fatwa sesat baru oleh Hj. Hadi? Rakyat yang tidak bersetuju dgn keputusan kerajaan tebuk atap @tidak menyokong pendirian parti PAS dlm bab darurat ini kini dianggap@diumpamakan oleh Hj. Hadi sebagai ‘golongan pelampau agama yg mahu mengebom dan membunuh orang ramai’, bahkan mengikut kata2 Hj. Hadi itu rakyat yg. bersikap sedemikian itu bahkan LEBIH TERUK dari mereka yg terlibat dgn jenayah tersebut! Apakah kenyataan yg. semacam ini tepat dan seharusnya dialu2kan oleh semua rakyat di negara ini?
- Adalah jelas bahawa dalam keadaan ‘terdesak’ Hj. Hadi tidak akan teragak2 utk menggunakan pelbagai hujah yang extreem, tidak berfakta bahkan tidak masuk akal dalam ‘menghukum’ pihak lawan termasuk sesiapa shj. dari kalangan rakyat biasa yang tidak bersependapat dengannya.
- Saya berpendapat kenyataan umum Hj. Hadi ini adalah suatu yang keterlaluan kerana ia menghina ‘niat baik dan akal budi rakyat’ termasuk pihak pembangkang yg. tidak bersetuju dgn peristiharan darurat covid 19 oleh kerajaan (atas alasan2 mereka yang munasabah yg. dibuat secara sucihati).
- Kenyataan@tuduhan jenayah seperti di atas sepatutnya tidak dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik@kerajaan yg berpegang kpd konsep dan amalan demokrasi berparlimen – iaitu dalam menilai sesuatu tindakan yg telah @harus diambil oleh kerajaan dan bantahan rakyat.
- Mutakhir ini PAS mendakwa bahawa ia kini bukan lagi sebuah parti yang berfahaman extreem dan justeru itu ia mengajak parti2 politik Melayu bumiputera lain yg tidak berfahaman extreem untuk bersama2 menyertai gabungan politik PN kononnya demi untuk perpaduan ummah.
- Saya berpendapat selagimana kenyataan2 extreem dan mengelirukan sebegini (sepertimana ucapan Hj. Hadi di atas, yg. menjadi ‘trademark’ beliau) terus dikeluarkan oleh para pemimpin PAS yg. kononnya kini ingin menjuarai penyatuaan ummah/Melayu Islam, maka selagi itulah hasrat murni utk. menyatukan org2. Melayu dan Islam di negara ini tidak akan tercapai. Kenyataan2 sedemikian hanya berkecenderungan untuk menimbulkan kesan sebaliknya iaitu menyebabkan masyarakat Melayu Islam akan terus berselisih pendapat, berpecahbelah bahkan tidak mustahil keadaan sedemikian akan menjadi lebih parah.
- Betullah kata2 PM TSMY suatu ketika dahulu dan juga disokong oleh sebahagian besar golongan pemimpin dan cerdik pandai bahawa PAS itu sebenarnya ialah sebuah ‘Parti Ajaran Sesat’ yang menyesatkan para pengikutnya dan rakyat di negara ini!