BERCELARU SUNGGUH BILA KUASA DAH SEMAKIN TERHAKIS

 


Panas! Hadi akhirnya dedah Zahid dah sign setuju jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional

Panas! Hadi akhirnya dedah Zahid dah sign setuju jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyoal mengenai undangan penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional (MN).

“Tahun lepas Bersatu dijemput menyertai MN. Kita bincang mendalam jemputan ini dan akhirnya kita bersetuju menerima jemputan tersebut. Bukan kita minta masuk. Kita dijemput masuk.

“Bila kita dah balas surat dan nyatakan persetujuan, tidak ada respon rasmi mengenai status selanjutnya. Saya sendiri tertanya-tanya apa status jemputan itu sekarang,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Pada 21 Ogos tahun lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan keputusan menjemput Bersatu itu dicapai berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh timbalan presiden dari kedua-dua parti utama MN, Umno dan PAS.

Menurut Wan Saiful, selepas diundang menyertai MN, Bersatu telah menyatakan persetujuan tetapi perkara berkenaan tergantung setakat itu.

“Kita tak tolak dan tak pernah tolak agenda penyatuan. Janganlah tuduh kita tolak pula. Sekarang kita tumpukan tenaga dan masa kita untuk perkukuh Perikatan Nasional.

“MN itu satu cerita lah. Tapi kita sekarang tumpu PN dan perkasakan PN,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, Zahid membuat kenyataan tersirat, dipercayai merujuk kepada PAS supaya tidak mengulangi kegagalan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Semangat 46 dengan memilih sekutu yang salah dalam pilihan raya kelak.

“Kerana gabungan politik (APU) dibentuk tidak jujur dan genuine (ikhlas),” kata Zahid pada 1 April.

Hal ini selepas Umno membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

PAS bagaimanapun memutuskan untuk kekal bersama PN menjelang PRU.

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan Zahid bahawa jemputan Bersatu menyertai Muafakat Nasional sudah dipersetujui partinya dan Umno.

Kita dah bersetuju, sudah tandatangani. Saya sign, Zahid Hamidi sign jemput (Bersatu pimpinan) Muhyiddin (Yassin) ke dalam Muafakat Nasional.

 

“Itu yang perlu dilaksanakan. Kita dah tandatangani. Saya boleh tunjuk surat itu,” jelasnya.

Abdul Hadi juga berkata partinya telah bekerjasama dengan banyak gabungan politik.

“Siapa kerjasama dengan kita, terus. Yang tidak kerjasama dengan kita sama ada dah mati atau pun dah berkecai atau pun dah terkulai. Tak perlu saya sebut namalah.

“Baca sejarahlah. Tahun 1950an PAS kerjasama dengan Parti Negara, Parti Negara di mana sekarang? PAS ada lagi.

“Kerjasama dengan Barisan Sosialis (1960an). PAS ada lagi, Barisan Sosialis di mana sekarang?

“Kerjasama dengan Barisan Nasional (1970an). PAS ada lagi, BN di mana sekarang. Kerjasama dengan Semangat 46, PAS ada lagi,” kata Hadi.