BELI PENGUNDI KITA TIDAK BOLEH IKUT

 NORMAN RADZUAN


Kita pasif/defensif dalam sampaikan maklumat

Antara pengundi bandar dan luar bandar

BELI PENGUNDI KITA TIDAK BOLEH IKUT

Ada org kata kita perlukan duit utk beli undi penduduk luar bandar....Kita tidak boleh mengikut mereka membudayakan org2 kampung dgn 'rasuah' undi. Tiadalah beza kita dan mereka yg mengamalkan budaya songsang itu. Kita mesti buktikan kpd rakyat.... Malaysia ini perlu diselamatkan dari rasuah. Kita jgn jemu mendidik mereka.

Apapun mereka gagal berbuat demikian kpd pengundi bandar kerana dua faktor. Pertama kadar inteklektual dan informasi. Kedua mereka tidak mampu memberi wang yg banyak kerana pendapatan pengundi bandar bergaji tinggi.

Di kampung2 pemberian RM 300 kpd pengundi sudah cukup besar utk membuatkan pengundi gelap mata. Yelah berapa sgt pendapatan mereka. Apatah lagi mereka insan2 kurang bermaklumat atau kurang intelektual.

Bukti...Parlimen dan DUN Lumut kami berjaya dahulu tanpa undi rasuah. Kos perbelanjaan khabarnya tak lebih RM 100k utk kos sewa pejabat, bendera, baju, sewaan khemah, sound systerm serta kos utiliti yg lain. Tanpa rasuah PH tetap menang melawan kawasan MB Perak ( rata2 pengundi bandar ).

Maknanya masyarakat perlu dididik dgn sumber maklumat. Bila mereka bermaklumat mereka menjadi insan mampu berfikir. Jadi kita kena ada pendekatan baru bagaimana utk mendidik mereka. Ada rahsia dan caranya... nantilah kalau ada pemimpin yg sudi mendengar formulanya.

Saya melihat kita pasif dan defensif kpd pengundi Melayu luar bandar. Kita tak habis2 terpaksa membela dan memberi maklumat siapa DAP. Sdgkan DAP sendiri tidak berbuat demikian kerana ia bukan sasaran pengundi mereka.

Kita kena tukar formula defensif tersebut. Kita kena tunjuk kitalah hero di mata masyarakat org2 kampung. Mengapa Amanah tidak menggunakan tagline contoh 'kami pembela org Melayu dari ditipu'. Kami akn pertahankan hak2 org Melayu yg telah kehilangan saham bumiputra dan tanah rezab Melayu.

Amanah tidak perlu bimbang pengundi Melayu bandar. Mereka pengundi intelektual dan penyokong kuat PKR. Yg Amanah perlu berperanan mereka mesti jadi 'hero kampung' pada org Melayu.

UMNO menjadi pilihan Melayu kerana mereka mengaku 'hero Melayu' walaupun sebaliknya. Didendangkan anak kecil main api. Terlupalah org Melayu penipuan ke atas mereka. Amanah cuba tonjolkan mereka multiracial party. Itu silapnya tagline mereka. Komposisi PH di kawasan bandar tidak diisi oleh Amanah.

Dlm team bola tidak semua pemain mesti jadi striker. Ada posisi masing2 samada utk menyerang dan diserang.

 


No photo description available.