Astro Awani
April 10, 2021
Ia selepas Anwar dilihat tidak menyatakan dengan jelas berhubung dakwaan tersebut yang kini menjadi persoalan rakyat teramai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persepsi awam akan mendominasi isu audio tular yang dikaitkan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ia selepas Anwar dilihat tidak menyatakan dengan jelas berhubung dakwaan tersebut yang kini menjadi persoalan rakyat teramai.
agaimanapun, Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata isu audio melibatkan pemimpin politik bukan sesuatu yang baharu di negara ini.
"Kalau dilihat tadi, Anwar tidak menyatakan secara jelas sama ada beliau dan Ahmad Zahid (yang didakwa) merupakan suara dalam audio tersebut.
"Isu ini akhirnya akan meminta persepsi awam (menilai) mengenai siapa yang sebenar.
"Pandangan saya, melihat bahawa ini bukan perkara yang asing, sebelum ini telah berlaku banyak kali insiden audio yang dibocorkan," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.