Meraikan penyertaan para agamawan dan tokoh Islam yang menyertai
KEADILAN di Negeri Sembilan pagi ini.
Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam pelbagai disiplin serta
lapangan yang mereka kuasai, saya percaya penyertaan ini memberikan suntikan
dan semangat baharu buat KEADILAN.
Saya optimis dan percaya ia juga bakal mengisi dan menambah baik
semangat memungkinkan islah serta membuktikan KEADILAN sebagai wadah untuk
semua iaitu golongan profesional, seniman, agamawan dan lain-lain.
Saya percaya penyertaan mereka ini bukan yang terakhir, dan
InshaAllah akan ada lagi yang akan menyertai KEADILAN selepas ini.
Sekali lagi saya ucapkan selamat datang ke keluarga besar
KEADILAN.
Saya kongsikan kepada pegawai-pegawai agama, para imam masjid
serta pentadbir kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus tentang peri penting
menerangkan kefahaman Islam yang sebenar berdasarkan pengalaman saya mendepani
khalayak bukan Islam di Barat.
Kefahaman Islam yang benar dan syumul itu penting untuk digarap,
terutamanya dalam soal menangani faham pelampau dan taksub di satu sisi, dan di
satu sudut lagi faham wewenang dalam beragama yang didukung oleh kelompok
modernis.
Saya turut berkesempatan meluncurkan buku biografi Syekh Yusuf
Al Qaradhawi terbitan ABIM yang menyenaraikan kesemua karya ulama besar
tersebut.
\\