JIKA dilihat secara umum lompat parti ini adalah "Legally
Right but Morally Wrong". Tapi JIKA tidak sehaluan dengan parti atau parti
pun dah menyimpang...lalu tindakan melompat adalah bermaruah drpd kekal dlm
parti tapi jadi duri dalam daging.
Perkara 48(6) boleh dipinda. Setuju. Tapi ia tidak akan
mengekang masalah lompat parti dan cemuhan penyokong parti berkenaan KUNUNnya
MP atau ADUN itu bawa lari kerusi. Malangnya utk menggubal akta lompat parti,
ia bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak memilih dan
bersuara setiap individu.
Oleh itu saya bersetuju dgn cadangan ZMY (Dato' Zaharin Mohd
Yasin) bahawa kita patut mengkaji undg2 yg digunakan oleh Indonesia dan
beberapa negara lain.
Akta SPR perlu dipinda, pertandingan di PRU bukan lagi oleh
individu tetapi oleh parti. Kerusi itu MILIK PARTI yg bertanding hanya
meletakkan individu atau sbgai mewakili parti. JIKA individu itu melompat, maka
kerusi itu ditinggalkan kpd parti dan parti berhak melantik org baru
menggantikan wakil Kerusi itu yg melompat.
Sbbtu di negara-negara yg amalkan sistem ini, tidak wujud
Pilihanraya Kecil. Saya kira ini harus diambil perhatian dan dikaji oleh
Lawmakers bagi mengelakkan keadaan caca merba, kebosanan dan kejijikan rakyat
menonton aksi jual maruah beli kerusi.
Wallahualam.
- Zus Din
07 March 2021
..