Undi 18: ‘Hak anak muda tidak harus dinafikan’ – Chin Tong

 

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong sekali lagi menegaskan keperluan melaksanakan Undi 18 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menyifatkan anak muda sebagai ‘game changer’ politik Malaysia, katanya, hak anak muda tidak harus dinafikan hanya kerana sesetengah pihak bimbang sokongan golongan itu tidak berpihak kepada mereka.  

“Negara ini adalah amanah dan pinjaman, yang akan kita pulangkan kepada mereka (anak muda),” ujarnya yang juga Ahli Dewan Negara dalam satu kemas kini di Facebook, hari ini. 

Rais sebelum ini dilaporkan sebagai berkata “Undi 18 tahun tidak praktikal untuk diadakan pada musim ini” dan menyifatkan keputusan untuk melaksanakan Undi 18 adalah tergesa-gesa selain mendakwa anak muda “belum bersedia di sisi tuntutan demokrasi”.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur pengundi ke usia 18 tahun.  

Ia dijangka akan menambah hampir tujuh juta pengundi muda menjadikan jumlah pemilih kepada 22 juta orang menjelang Julai tahun ini.