Membaca semua memoir kejatuhan Pakatan Harapan dan pengkhianatan
aktor-aktornya membuatkan saya berberapa kali istigfar di dalam hati. Cuma saya
tenangkan diri yang setiap manusia akan di uji bersesuaian dengan imannya dan
setiap perbuatan pasti akan di hitung di hari akhirat.
Walaupun buku ini menulis hampir kebanyakan yang saya sudah
tahu, tapi ia adalah satu bukti sejarah yang pengkhianatan ini tidak bermula di
Shereton.
Mungkin yang saya bersetuju dengan pendapat Khalid Samad &
Chin Tong dalam buku iniyang Anwar sepatutnya masuk ke dalam kabinet untuk
menampak persefahaman dalam PH tapi Anwar mungkin ada sebab dia tersendiri;
mungkin dia tidak mahu jadi kambing hitam kebobrokan yang sengaja di halalkan
oleh OT.
Dalam last meeting pun ada di tulis macam mana kartel cuba suruh
OT berkuasa sampai habis penggal, yang duk jilat OT dulu kini semuanya lari.
Sebenarnya Parti Bunga itu sendiri sudah merancang untuk
berkhianat baik dari Presiden mahupun Pengerusi. Cuma antara mereka khilaf
tentang sokongan UMNO. Yang sorang tak kisah umno sokong enbloc, yang sorang
lagi nak tarik MP UMNO untuk kukuhkan parti sendiri; dan long term mereka
hendak kuburkan UMNO.
Sebab itu dalam buku ini jelas tulis, Ahli UMNO yang melompat ke
bunga, kesemuanya di isytihar jadi MP bebas dulu baru lompat masuk dalam parti
bunga. Sebab itu OT ghairah hendak haramkan UMNO sebab dalam perkiraan dia,
kalau UMNO haram, MP UMNO dan pengundi UMNO akan undi bunga.
Buku ini juga jadi bukti yang PH cukup bagi ruang yang luas pada
OT; cukup bertolak ansur tentang transisi tapi dia lupa diri rasa macam syok
sendiri bila belah PH dan pembangkang semua hendak dekat dia. Tu yang dia ingat
orang akan lantik dia kali 3 kalau dia letak jawatan; mestilah kena letak
jawatan sebab nak nampak yang diri tu tunai janji; tapi kalau pinjam kereta
orang lepas tu pulang letak kat tengah highway kira pulang juga kan?
Tu yang dia overshot plan bila dia letak jawatan. Ingat dia
banyak kali kecilkan Anwar tak dapat sokongan; tapi bila di undi jelas 107
Anwar lagi tinggi dari 60 dia. Tapi part ini pun dia masih salahkan Anwar kata
Anwar tak mau sokong ; kalau ikut logik, kecil la yang sokong besar bukan the
otherway around. PH calonkan Anwar pun sebab dia tak mai meeting; so cara dia
nak mengelak mai meeting ialah resign jadi Pengerusi Bunga; jadi bila dah
resign dia tak boleh memperngerusikan Majlis Presiden PH. Tapi benda ini
backfired bila Din Pagoh terima peletakkan jawatan dia; dan in the end kena
tendang dari Bunga.
Lepas itu jangan kita lupa yang dia cuba buat kerajaan tanpa
pembangkang, yang dia hendak berkuasa jadi supreme leader; ini yang UMNO dan
PAS tarik balik sokongan pada dia.
Dengan resign tak berbincang dengan Majlis Presiden, resign pun
main hantar surat aje dengan Agong, lepas tu boleh jump the gun kuasa istana
dengan kata tak ada calon PM yang dapat majoriti; jadi kita faham lah kenapa
saat akhir istana tolak nama dia walaupun dia claim sudah cukup 113 sokongan.
Depa memang sudah merancang untuk berkhianat lama, siap consult
dengan mantan ketua hakim yang PM tak payah resign boleh pecat sahaja kabinet
yang sedia ada.
Bab berkhianat untuk bagi Bunga jadi parti yang paling besar
untuk orang melayu adalah matlamat yang sama; baik OT mahupun Din Pagoh; cuma mereka
khilaf nak berkhianat cara yang mana. Yang sorang nak berkhianat tapi masih
hendak berlakon suci, yang sorang lagi rakus nak berkuasa tak peduli apa orang
kata.
Banyak lagi tak larat nak ulas. Kalau nak baca lanjut boleh
dapatkan di shoopee
https://shopee.com.my/product/54610153/4452155839...