Sah! Kerajaan PN tumbang, UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu dan PN

 


Sah! Kerajaan PN tumbang, UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu dan PN


Umno telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sumber dalaman Umno mengesahkan bahawa surat pemakluman itu telah dihantar kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada 26 Feb lalu.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

“Ya, surat berkenaan telah dihantar pada 26 Feb lalu, bagi memaklumkan keputusan mesyuarat MT Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

“Ahli Parlimen Umno juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.

“Bagaimanapun belum ada jawapan balas terhadap surat berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Katanya, surat itu dihantar berdasarkan keputusan MT Umno yang bermesyuarat di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Pada 9 Jan lalu, MT Umno dilaporkan sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRU-15.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno yang sepatutnya diadakan pada 31 Januari lalu.

Menurutnya, cadangan berkenaan adalah antara usul yang diterima MT Umno dalam mesyuarat MT yang diadakan 6 Januari lalu dan ia akan dimasukkan sebagai usul dalam ucapan dasar presiden Umno pada perimpunan agung nanti.

Bagaimanapun Umno terpaksa menangguhkan perhimpunan agung yang dijadualkan pada 31 Janurai lalu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 oleh kerajaan.

Terdahulu bekas Setiausaha Agung Umno dan BN, Annuar Musa meminta penjelasan kepemimpinan Umno sama ada berita menyatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 adalah benar.

Jelasnya, jika benar Umno berdepan dengan kerugian kerana menghadapi PRU-15 secara bersendirian.

Annuar turut bertanya sama ada Umno berpendapat kebersamaan Umno dalam kerajaan PN ketika ini hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan. –MK