Pasaran saham Malaysia paling corot di dunia kesan darurat dilaksana

 


Pasaran saham Malaysia paling corot di dunia kesan darurat dilaksana


Kerajaan PN kata perlaksanaan Darurat dan penggantungan perlembagaan negara sejak lebih dua bulan lalu tidak memberi apa-apa kesan terhadap ekonomi Malaysia. Malah akan membantu ekonomi, kata menteri PN.

Tapi realitinya ialah sebaliknya.

Saya beri beberapa bukti berdasarkan “sains dan data”.

1) Indeks Pembelian Pengurus (PMI)

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) adalah indeks arah aliran trend ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Ia terdiri daripada indeks penyebaran yang merumuskan sama ada keadaan pasaran, seperti yang dilihat oleh pengurus pembelian, berkembang, tetap sama atau berkontrak. Tujuan PMI adalah untuk memberi maklumat tentang keadaan perniagaan semasa dan masa hadapan kepada pembuat keputusan, penganalisis, dan pelabur syarikat.

PMI utama adalah bilangan dari 0 hingga 100. PMI di atas 50 mewakili pengembangan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Bacaan PMI di bawah 50 mewakili penguncupan, dan bacaan pada 50 menunjukkan tiada perubahan.
https://ms.moneynx.com/purchasing-managersindex