Menjawab Fakta yang cuba diselewengkan
(#Amaran :
Bahan bacaan dan rekod KRONOLOGI yg panjang)
1) ALHAMDULILLAH....skrg selepas diberitakan DSAI dan PKR
berunding dgn sebahgian pimpinan UMNO baru lah MP-MP Amanah ni mahu
beramai-ramai datang jumpa DSAI. Siapa agaknya yg tak hadir? Hopefully semua
hadir. Jika mereka boleh bersetuju menyokong DSAI dan memperkukuhkan MUAFAKAT
dalam Pakatan Harapan, ia sesuatu yg SANGAT baik.
2) Tapi jika masih ada lagi nak ikut #K3 Oren Masam PAN maka
akan ketinggalan. DSAI dan PKR tidak boleh menunggu mereka yg tak nak
"move forward", masih laparkan OT95 dan "Kluster pujaWANG".
SKRG ini pun sudah ada PANtuk yg memainkan isu ini KUNUNnya DSAI "TELAH
KEMBALI KE PANGKAL JALAN" bila bersetuju memperkukuhkan PH. Ia adalah
TEMBERANG yg cuba mereka mainkan. NARATIF yg diputar belitkan.
*Nota : Sila bezakan PANtuk Oren Masam PAN #K3 dengan Amanah
Oren Manis. Link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1111255882712128&id=100014831801916
3) Dalam kita mengalu-alukan MP-MP Amanah menguatkan muafakat
PH, kita perlu MENEPIS FAKTA YG CUBA DIPUTARBELITKAN dan penyokong PH mesti
faham akan NARATIF serta #KRONOLOGI
SEBENAR. Asalnya sejak Kerajaan PH jatuh DSAI dan PKR sememangnya mahu
memperkukuhkan PH bagi mengharungi PRU15.
4) FAKTA ini diselewengkan oleh agen-agen OT95 dengan
menggambarkan seolah-olah DSAI yg enggan perkuatkan PH walhal dalam FB Live
DSAI sentiasa menyeru ke arah pengukuhan PH. Tapi hasrat ini terganggu dgn
desakan "KEUTAMAAN MENGAMBIL ALIH SEMULA KERAJAAN". Rujuk Screenshot
No. 1 yg disertakan. Mereka keluarkan kenyataan bersama mengenai hal itu pada
17 Mei 2020.
5) Sejak June 2020 saya dah kata ini bakal menghancurkan
MUAFAKAT (Rujuk SS No. 2) dlm PH kerana mereka "MENUNGGANG RETORIK".
Apa RETORIK itu? Retorik itu ialah KUNUNnya mahu "mengembalikan mandat
rakyat" walhal mahu mengangkat OT95 jadi PM semula dan anai-anai PANTuk
mahukan jawatan mereka semula yg "ghuyub" selepas Kerajaan PH
tumbang.
6) Ini BUKAN perjuangan REFORM atau Rakyat sebaliknya perjuangan
bagi kepentingan perut dan ALAT "bawah perut" mereka. Sbb itu
sehingga skrg mereka meroyan memarahi DSAI kerana belum berjaya mengembalikan
kuasa kerajaan kpd PH. Retorik yg saya sebut itu ternyata benar. #K3 MENUNGGANG
RETORIK ini sehingga PH berantakan. Tidak boleh bersatu dan bermuafakat kerana
ada segelintir dari pimpinan dan penyokong dlm PH sendiri enggan bergerak
kehadapan tetapi mengharapkan DSAI mengalah kpd OT95 dan bersetuju org tua itu
jadi PM atleast selama 6 bulan.
7) Dalam Wawancara DSAI bersama KiniTV pada 16 June 2020, DSAI
menegaskan bahawa JIKA TIDAK CUKUP NUMBERS utk jadi kerajaan PH mesti
perkuatkan jentera pilihanraya utk persediaan menghadapi PRU15. Rujuk SS No. 3.
Pendirian ini disahkan oleh YB Dato' Johari Abdul pada hujung June 2020 sewaktu
diskusi bersama Iswardy Morni. Rujuk SS No. 4.
8) Pada 27 June 2020 saya menulis sebuah artikel bertajuk
"POLITIK TIPU HELAH - Tolak Tipu Helah, ayuh kita bersatu." (Rujuk SS
No. 5A). Di dalamnya saya menegaskan bahawa "Mandat Rakyat" telah
HANCUR. Tolak Politik tipu Helah, ayuh bersatu. Kemudiannya pada September 2020
DHM juga menzahirkan rasa kurang bersetuju dgn takrifan mengembalikan mandat
rakyat. (Rujuk SS No. 5B). Saya sudah menulis bahawa mandat rakyat itu telah
hancur dan tumpuan sepatutnya utk bermuafakat menghadapi PRU15.
9) Sejak June 2020 sudah ada pimpinan tertentu bersama
"anai-anai" mereka mula buat kerja "LOGLAQ" menyerang DSAI
kerana DSAI tidak bersetuju menerima OT95 sebagai PM. Pada 29 June 2020 Din
Kula diberitakan mengeluarkan Kenyataan Bersama yg menyinggung DSAI. Beliau
membalas keras pada hari berikutnya. Di sini lah timbul ayat "KELOMPOK
KEMARUK KUASA". Rujuk SS No. 6.
10) Keadaan menjadi kacau apabila DSAI terus diserang oleh
Anai-anai PANtuk sehingga ke tahap "A POINT OF NO RETURN". Saya
pernah dedahkan akan KRONOLOGI serangan ini dlm artikel bertajuk
"PENYOKONG PH PRO DSAI DAN PKR PERLU FAHAM NARATIF SEBENAR." Link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1108606139643769&id=100014831801916
11) Pada 1 July 2021 dalam artikel bertajuk "MEMATIKAN
RETORIK" - "TO KILL THE ISSUE", saya mencadangkan Retorik
"mendapatkan semula mandat rakyat" dihentikan. Sila Rujuk SS 7A dan
7B. Malah saya mencadangkan KEUTAMAAN diberIkan kpd usaha
"BERMUAFAKAT" dlm PH.
12) REALITInya, seperti mana dipersetujui dan disebutkan oleh
Dr. Mujahid Yusof Rawa dlm FB Live beliau, jika ingin perkukuhkan Pakatan
Harapan kita perlu tumpukan kpd MUAFAKAT dalam PH berdasarkan kpd 3 Parti Teras
(PKR-DAP-Amanah) dan jangan sibuk utk memasukan sekali "Kluster OT95"
atau "Kluster pujaWANG". Mereka tidak boleh menerima prinsip dan
Pengerusi PH. Rundingan dgn sebahagian pimpinan UMNO perlu diteruskan dlm soal menjatuhkan
PN dan menyelamatkan negara.
13) Saya percaya itu yg diusahakan DSAI dan PKR melalui
"Politik KONSOLIDASI". Seperti mana pendirian DAP Selangor yg
terbuka, mana-mana pihak tidak seharusnya meragui kekentalan prinsip DSAI dan
mengelak dari menyanggah secara terbuka atau buat kerja "LOGLAQ". Ia
boleh diperbincangkan dalam Mesyuarat MP PH.
14) Persoalannya skrg, meskipun kita mengalu-alukan usaha MP-MP
Amanah menemui DSAI dan secara zahirnya bersangka baik (husnudzon) bahawa ini
adalah salah satu usaha memperkukuhkan Pakatan Harapan, memulihkan hubungan
Amanah dan PKR, sejauh mana pula kesediaan anai-anai PANtuk Kartel Oren Masam
PAN #K3 yg punya
agenda tersendiri dan sgt bencikan DSAI?? Mereka ini seolah-olah membawa suara
OT95 dan "Kluster pujaWANG".
15) Hati-hati dgn species yg ada DNA Walaun PA$ BNA (Bangsa Nik
Amar sekadar meminjam kata-kata MSO) yg saban hari menyerang, mengutuk,
mengherdik dan menghina DSAI di SocMed setiap hari. Lebih teruk, ada antara
mereka yg memutarkan fakta utk menyalahkan DSAI atas apa yg berlaku. KRONOLOGI
ini diharap mampu menepis usaha jahat mereka.
"TRUST IS TO BE EARNED, NOT GIVEN".
Wallahualam.
- Zus Din
26 March 2021