Apabila MP Julau, YB Larry menjual maruah dirinya kepada
pengkhianat sekaligus melukai hati ramai pengundi-pengundi di Julau serta
mengkhianati pengorbanan dan perjuangan rakan-rakannya di dalam Keadilan
Sarawak, maka Keadilan Sarawak perlu bangkit dengan tenaga baru dan nafas yang
baru.
Saya lihat tiada kesan dari pengkhianatan Larry terhadap para
penyokong Keadilan khususnya di Sarawak, tiada tindakan keluar parti
beramai-ramai atau mana-mana Cabang yang lumpuh. Apa yang perlu hanyalah
penyusunan semula Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) kerana Larry sebelum ini
adalah Pengerusi MPN Sarawak.
Saya melihat salah seorang yang paling sesuai berada di dalam
MPN Sarawak adalah sahabat saya Sdr Iswardy Morni
, seorang aktivis Bina Negara dan juga seorang Youtuber dan
penggiat media sosial berkaitan politik yang hebatMungkin tidak
semua pandangannya boleh kita terima dan kadangkala bertentangan dengan
kemaslahatan parti, tetapi banyak perkara yang beliau sentuh itu amat berguna
sebagai peringatan dan panduan. Jika beliau mengkritik parti, itu bermakna
beliau masih sayangkan parti. Saya amat bimbang jika tiada lagi orang yang mahu
mengkritik parti atau pimpinan.
MPN Sarawak amat bertuah jika suara anak muda ini dibawa ke
dalam MPN. Kelebihan yang ada pada Iswardy sukar untuk ditemui di dalam parti.
Jika parti mengharapkan kewangan atau dana, Iswardy bukan orangnya. Tetapi jika
parti mahukan seorang pejuang yang ikhlas dan istiqomah serta punyai idealisma,
inilah orangnya.
Saya percaya, Keadilan Sarawak akan lebih mantapdan kukuh selepas ini sekiranya tenaga muda seperti Iswardy ini diberikan ruang. Orang yanghebat letak di mana saja pasti boleh mempamerkan kehebatannya. Jangan persiakan anak muda ini.
WFAUZDIN NS