Hari ini, dua Cabang Keadilan dari Pahang telah mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) masing2.
Cabang Kuantan telah mengadakan MATC di sebelah petang, begitu
juga dengan Cabang Temerloh. Di dalam mesyuarat tersebut satu usul telah dibawa
oleh ahli parti iaitu usul mendesak Parti Keadilan Rakyat menolak sebarang
kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Usul dari kedua2 Cabang ini
telah diluluskan sebulat suara tanpa bahas. Mereka juga mendesak agar Keadilan
membawakan cadangan ini ke peringkat PH agar PH juga bertindak memutuskan
sebarang kerjasama dengan bekas PM dua kali itu.
Terdapat 12 lagi Cabang di Pahang yang masih belum mengadakan
MATC dan saya yakin 100% Cabang di Pahang akan mengambil pendirian yang sama.
Pada 04 April ini, lebih banyak Cabang akan mengadakan MATC serentak.
Tahniah kepada Cabang Kuantan yang dipimpin oleh Tuan Hj
dan Cabang Temerloh oleh Sdr Zulfikar. Terima kasih kepada
pembawa usul.
WFAUZDIN NS