Nota Senja
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini telah menolak saman Air
Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terhadap Sen Husam Musa berkaitan pertikaian Husam
terhadap satu tander dikeluarkan oleh syarikat itu kepada kontraktor yang
meragukan.
Kerana tidak senang dengan isu dibangkitkan Husam AKSB bertindak
menyaman bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu untuk membersihkan diri.
Husam menyoal apakah tander itu dibuat secara telus atau pun
tidak, kerana dari maklumat diperolehinya proses tander itu itu meragukan.
Kesimpulannya keputusan dibuat hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh
itu setiap pendedahan dan pertikaian oleh Husam terhadap beberapa isu
penyelewengan dan salah laku dalam kerajaan Kelantan sebelum ini ada asasnya.
Sebelum ini Husam banyak mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam
pentadbiran kerajaan Kelantan.
Sebaik baiknya jika sesuatu tuduhan itu dibuat, pihak kerajaan
tidak mudah dan terburu-buru mengambil tindakan kepada individu
membangkitkannya. Sebaik-baiknya periksa dan buat siasatan dalaman terlebih
dahulu. Kerana bila dibawa ke mahkamah dan kalau ia didapati benar atau ada kes
tindakan itu memalukan kerajaan negeri yang mengaku mentadbir beradaskan Quran
dan Hadith.
Mahkamah tidak boleh dijadilan aling-aling oleh kerajaan negeri
untuk menunjukkan dirinya bersih. Kebersihan itu perlu dipraktikan bukan
diretorikkan.
Apa yang berlaku perlu diambil pengajaran semua pihak. Trims.