ANWAR DI BEBERAPA LOKASI ( BERGAMBAR )

 

19.MAC

Petang tadi sambil diapit Azizah, saya menziarahi Prof Emeritus Abu Bakar Hamid di Hospital UM. Beliau adalah seorang sarjana sastera, mantan Ketua Pena guru dan juga seorang sahabat baik. Mendoakan aafiyah buat beliau dan semoga lekas diberi kesembuhan, inshaAllah.


May be an image of 1 person, standing, indoor and hospital



20 MAC

Hari ini di Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa acara.

Sudah semestinya Permatang Pauh merupakan tempat yang waj ib saya singgah, dan ianya menjadi ruang untuk saya ketemu teman-teman lama di Taman Guar Perahu, Penanti.

Saya sempat singkap sejarah dan nostalgia di Permatang Pauh yang mewarnai sebahagian besar hidup saya, selain menyentuh beberapa isu dan persoalan semasa yang memberi kesan kepada rakyat terbanyak, terutamanya masalah ekonomi, kemiskinan dan pengangguran yang semakin meruncing saat ini.

#PermatangPauh


May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standingMay be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people, people standing and people sitting



20 MAC

Bersama pimpinan KEADILAN Pulau Pinang di Teluk Bahang malam ini.

Saya tekankan keperluan untuk para pimpinan tingkatkan kerja dan prestasi jentera, sekaligus mengukuhkan kekuatan KEADILAN di negeri ini yang menjadi kubu kuat kita sejak 2008.

Pimpinan mesti sentiasa mengangkat suara rakyat keseluruhannya, serta terus mendukung mereka yang terkesan tatkala wabak COVID-19 terus menyerang.

KEADILAN mesti terus berpasak pada denyut dan derita rakyat. Suara rakyat mesti diperteguhkan serta hak mereka mesti terus dibela.

Warisan Melayu Pulau Pinang harus dipertahankan, sambil tidak meremehkan suara kaum Cina dan India kerana kemajmukan ini mesti kita pertahan dan terus semarakkannya.

#KEADILAN #PulauPinang

 

 

 



20 MAC

Sekalung penghargaan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki kerana sedia bertemu saya pada hari Isnin ini bertarikh 22 Mac 2021 pada jam 3.00 petang bertempat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Saya percaya usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa serta kedudukan adalah isu serius dan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk dari kalangan pembangkang dan masyarakat madani.

Semoga usaha ini menjadi titik mula ke arah Malaysia yang lebih baik, InshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

 

May be an image of 3 people



Hari ini Ahli-ahli Parlimen pembangkang sepakat menggesa pemerintah memanggil Sidang Parlimen sesegera mungkin dan untuk #TamatDarurat.





Alhamdulillah, hari ini saya telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya.

Rencana pertemuan saya bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Mohd Azam Baki tadi adalah bagi menyampaikan serta menyuarakan kebimbangan kami di barisan pembangkang dan masyarakat madani.

Isu rasuah dan salahguna kedudukan adalah isu yang sangat penting kerana ia akan menentukan jatuh bangun bangsa ini, tergantung pada tekad dan iltizam kita dalam menyanggahnya.

Selainnya, saya turut berkongsi dengan Datuk Seri Azam Baki bahawa terdapat percubaan dari pihak pemerintah melalui seorang ‘Menteri Kanan’ yang menggunakan ugutan serta tekanan kepada beberapa orang ahli Parlimen pembangkang demi untuk terus berpaut pada kuasa, dan ia memerlukan tindakan dan siasatan menyeluruh berhubung ini.

SPRM wajar diberi kebebasan dan kepercayaan bahawa badan itu adalah badan yang punya integriti serta keupayaan untuk menyiasat kes-kes rasuah tanpa rasa gentar dan pandang bulu.