PADA 7 March saya sudah kongsikan berita Tun Musa memberikan
pengiktirafan kpd DSAI sebagai layak menjadi Perdana Menteri. Ini videonya saya
#Ulangsiar
berita ini.
Ini antara sebab Lobakman begitu marah dgn Tun Musa Hitam. Sebab
pada dia tiada seorang tokoh pun yg layak melawan ketokohan DSAI selain Najib
Bosskurr.
Pada saya, apa yang Tun Musa kata ini telah mengesahkan apa yg
kita selalu sebut bahawa bukan soal taksub dgn batang tubuh DSAI tetapi beliau
adalah calon paling layak utk menerajui dan selamatkan ekonomi negara ini.
Saya tidak hirau sgt akan ejekan-ejekan Walaun PA$ dan
macai-macai UMNO serta PPBM KUNUNnya DSAI tidak layak jadi PM dan hanya PM
tepi. Tapi saya sedikit hairan dgn sikap Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam
PAN #K3 yg
bersungguh-sungguh tidak mahu DSAI jadi PM dan mengejek beliau sebagai hanya
bakal PM selama-lamanya. Apa mereka mahu buat kerja Tuhan?
Tapi bila saya minta nama seorang calon yg layak, yg SETARA
pengalaman, karisma ketokohan dan ciri kepimpinan yg mampu menyelamatkan
Ekonomi negara, TIADA SEORANG pun calon yg mampu mereka kemukakan. Sebaliknya
mereka hanya pusing2 round about, konar baring dan terjun longkang tanpa berani
menyebut nama mana2 tokoh.
Mudah difahami, mereka mahu SAKATua a.k.a OT95 jadi PM tapi
malu-malu nak sebut sbb mereka tahu penolakan rakyat terutama penyokong akar
umbi PH terhadap Org Tua "TERTENTU", Apanama KUNUNnya itu sgt KUAT.
Apa yg kita faham? Mereka berjuang dlm politik demi kepentingan dan
kemahuan mereka bersetongkol dgn Kepala Perompak BUKAN utk Rakyat. Sbb itulah
mereka tidak mahu DSAI yg dikenali sbgai pejuang Rakyat sejak di unversiti
menjadi PM.
Apakah antara kata-kata Tun Musa Hitam yg menjadi kunci jelas
beliau mengiktiraf ketokohan DSAI itu?
1. "Anwar Ibrahim saya boleh bgtahu anda TANPA
TERAGAK-AGAK, dia layak menjadi Perdana Menteri. Pada saya dia SEPATUTNYA sudah
jadi Perdana Menteri. Ada sorg yg berjanji pada dia, berapa
kali?........."
2. "Saya tak bertukar. Dulu kalau org yg janji tu kasi pada
dia, saya kata ok. Good idea. Tapi org yg janji tu......."
3. "Dia punya karisma yg tinggi, dia punya
"contact", pendedahan dia kpd dunia antarabangsa, pengalaman dia
masuk jel 2 kali sbgai contoh. Dia seorang pemimpin yg didokong akar umbi dan
bagus dalam pergaulan dgn masyarakat Malaysia. Beliau nampaknya diterima org
ramai meskipun tidak kesemuanya".
INI lah maksud saya dulu, bhgian "contact" dan
pendedahan dunia antarabangsa ini yg mampu menambah keyakinan pelabur asing,
kepercayaan pemimpin dan masyarakat antarabangsa pada Malaysia. Dengan Reputasi
SATU-SATUnya bekas Menteri Kewangan yg berjaya membawa Malaysia ke perbelanjaan
SURPLUS, TIADA mana2 tokoh yg ada termasuk PM hari ini yg SETARA dgn DSAI.
Atas sebab itu DSAI sangat layak jadi Perdana Menteri. Itu belum
lagi kita perincikan akan Iltizam, "Consistency", "Political
Will" dan jiwa kental "ghebuih tak hempuk" DSAI dalam mengangkat
Agenda REFORMASI.
Seperti kata Dr. Mujahid Yusof Rawa, DSAI lah arkitek sebenar yg
TELAH TERUJI istiqomah membina kekuatan, gelombang kebangkitan rakyat yg
mengambil masa yg panjang dgn keringat dan airmata derita selama berpuluh tahun
meskipun 2 kali terpenjara jasadnya, masih punya kekuatan merancang sehingga
AKHIRNYA...tumbang UMNO BN. Ertikata lain, TIADA mana-mana tokoh lebih komited
dan "consistent" jika mahu dibandingkan dgn DSAI.
SEKARANG, SIAPA YG LEBIH BAIK DAN PALING LAYAK KETIKA INI, DALAM
KEADAAN POLITIK, DEMOKRASI DAN EKONOMI MALAYSIA YG MERUDUM UTK DIANGKAT MENJADI
PERDANA MENTERI SELAIN DSAI? Ini BUKAN soal taksub akan batang tubuh DSAI tapi
soal dia yg PALING LAYAK utk dinobatkan pada kedudukan itu bagi memimpin
Malaysia. Maka org yg paling layak mesti diangkat dan diletakkan di tempatnya
melainkan kita dari kalangan org-org yg zalim.
Wallahualam.
- Zus Din
24 March 2021
Youtube link : https://youtu.be/x7RXam6UWEE