VIDEO SEMB^%** , POLITIK KOTOR MESTI DITOLAK.. BIAR MELIBATKAN SIAPAPUN..

 

Malam tadi bila aku kata, Aku bersetuju kes videoseks Azmin ditutup, hatta melibatkan siapapun kerana dia adalah tuntutan Agama.. ada sahabat PKR kata aku mempergunakan Agama.. Sedangkan ia memang tuntutan Agama..

Itulah sebabnya, Kita bila berdiri atas satu prinsip..Kena guna mizan dan timbangan yg sama, Kalau kita tak suka oran guna fitnah liwat, Politik kotor digunakan keatas pembangkang seperti Videoseks dan tuduhan kotor kepada Ds Anwar.. begitu juga sebaliknya..hatta ia benar berlaku dalam Islam, Kita kena tutup..

Itu sebabnya aku memuji Ketua Polis Negara hari ini yang tidak mahu terjebak dalam Politik Kotor ahli ahli Politik, Samada kes melibatkan tuduhan kepada Azmin..atau kepada anwar.. aku pun anti Azmin..tapi aku tak pernah guna gelaran Sembu$!7.. Sebab apa itu cara Politik Kotor..Itu sebab sebelum ini aku pernah tegur SU Anwar sebab guna gelaran tu pada musuh Politik..

Nak berpolitik mainkan Isu Rakyat.. Isu Negara..Bukan Peribadi..

INI TULISAN AKU 21 JUN 2019

Bila heboh dan tersebarnya berita tentang videoseks.. aku teringat Kuliah Almarhum Tok Guru Nik Aziz menyentuh Isu Liwat dan Sebaran video ini ketika fitnah jijik difitnahkan kepada Ds Anwar Ibrahim.

Kata Tok Guru Nik Aziz.. Antara sebab berlaku banyaknya kes liwat kebelakangan ini, bila mana Video dan tuduhan liwat kepada Ds Anwar dijadikan bahan sebaran media dan Akhbar, Kata Tok Guru Nik Aziz, Kalau betul pun perbuatan itu dilakukan Ds Anwar( Nauzubillah), Ia perlu ditutup.. tidak disebarkan..tidak dibukakan aib mereka...

Bukan bermakna Tg Mengakui perbuatan itu dilakukan Ds Anwar, Tetapi Tok Guru gambarkan prinsip dalam beragama, andainya ia betul2 dilakukan pun, Aib sesama muslim perlu ditutup.. Begitulah Faqihnya Almarhum Tok Guru dalam memahami urusan agama, Inilah Pandangan dalam tepat dalam Agama, dalam kita menghadapi tuduhan dan fitnah melibatkan maruah dan peribadi Muslim..

Malangmua semalam, TG Hj Hadi mempermainkan aib sesama muslim, memainkan tuduhan dan moral sesama muslim, dijadikan mainan Politik di dalam ucapannya di Muktamar.. nak kata Tg Hj Hadi Jahil dalam urusan agama mustahil melainkan ianya Ulama yang ada sifat jahat.. hari ini media Massa, Berita masih rancak memainan isu video Seks, ia amat memalukan bila ia berlaku dalam Pemerintahan PH.

2- APA PERANAN KITA SEBAGAI MUSLIM ?

Maksiat tertutup, tidak penting samada ianya benar atau tidak.. Video itu tulen atau tidak, samada pelakunya Haziq atau Azmin, keaiban, Maksiat peribadi, Maksiat yang tertutup.. perlu ditutup..

tak kira orang Politik atau artis hiburan... Tak kira Melibatkan Video fitnah seks tentang Ds Anwar, ,Azmin Ali,Mustafa Ali mahupun Ustaz Azhar Idrus yang pernah disebarkan Sebelum ini..

Samada perbuatan ataupun Video, gambar dan Dosa peribadi di internet, Samaada dari FB Mesengger melibatkan orang yang namanya Mokhtar Senik, mahupun siaran PPTV yang dituduh kepada Tantawi.. Sebagai muslim,Aib sesama Muslim mesti ditutup dan tidak disebarkan walaupun ianya benar..

Sebagaimana sabda Nabi..

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله..

Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah (SWT)..

Dan barang Siapa Yang menzahirkan Dosa yang tertutup, atau ada dikalangan mereka yang mengaku melakukan perkara fahisyah (الفاحشة ) ,Wajib had dilaksanakan keatas mereka...

فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla..

( Sahih Bukhari Muslim 7615 )

3- BAGI YANG DITUDUH CUKUP HANYA MENAFIKAN, BAGI YANG MENUDUH WAJIB DIHUKUM.

Dalam Konteks Tuduhan Zina ini , Perbuatan Maksiat(الفاحشة) , Dosa Peribadi Cukuplah Pengakuan dan Penafian mereka yang dituduh itu, Jika yang dituduh itu nafikan makan ianya selesai..

Prinsisp asas dalam Fiqh Islam..

البينة على المدعي..

Bagi yang penuduh (pendakwa) wajib membawa kan bukti..

Tetapi kaedah itu tidak terhenti disitu, sambungan dalam kaedah fiqh itu..

واليمين على من أنكر..

sedangkan yang mengingkari (terdakwa) cukup lah dengan bersumpah..”

Jadi dalam Kes Ini Haziq Wajib Di Hukum.

4- QAZAF PAS TAK PERLU BERLAGAK HERO

Tiba Tiba ada yang cuba mainkan pentingnya RUU 355, Sedang Kesalahan Qazaf sudah lama wujud dalam enakmen Kesalahan Syariah, Ia takda kaitan dengan PAS melain tujuan mereka hanya untuk Politik..

PAS tidak perlu berlagak Hero dengan prinsip Qazafnya Sebabnya Sebelum ini, SU Agung dan Presiden PAS sendiri mempertikaikan pengampunan Diraja keatas Ds Anwar,

Dalam ceramah Haji hadi dalam kempen di Port Dickson mereka menyerang Peribadi Ds Anwar dalam kempen PRK Port Dickson dan Sandakan.. mereka membayangkan Dosa dan Fitnah liwat itu dilakukan Ds Anwar hanya kerana proses Pengampunan.. Begini akhlak yang dikata Ulama ?

Kalau Presiden dan SUA PAS pun menyerang Peribadi Ds Anwar, Apalagi pengikut mereka..Sedangkan larangan menuduh muslim lain itu dilarang keras dalam agama..

5- TIDAK ADA ISTILAH " SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SEHINGGA DIBUKTIKAN BERSALAH MELIBATAN MAKSIAT DAN DOSA PERIBADI..

Membaca Kenyataan Ketua Pemuda PAS, yang juga anak Presiden PAS, Prinsip Islam itu tidak bersalah sebelum dibuktikan Bersalah, Pandangan ini tidak tepat dalam Agama, Tidak tepat melibatkan Maksiat dan Dosa Peribadi.. Kenyataan Kepimpinan PKR yang menunggu hasil siasatan juga tidak tepat, tuduhan wajib ditolak terus..

Islam menganjurkan kita menolak berita melibatkan aib dan Dosa Peribadi biarpun ianya benar, Itu sebab nya Allah Datang syarat 4 Saksi dalam tuduhan Zina, hukuman Qazaf bagi yang menuduh tanpa mendatangkan 4 saksi..hatta dalam hampir semua pengakuan Zina yang datang kepada Nabi, Nabi menolak Pengakuan mereka..

Apakah maksudnya Islam membenarkan Maksiat ? tidak sama sekali, Berbeza jika tuduhan itu datang dengan tuduhan menceroboh atau menzalimi hak dan Maruah manusia dan muslim lain seperti kes Rogol dan Cabul.. Atau Maksiat yang terbuka jelas Terlihat di khalayak awam..

Nabi sendiri menolak pengakuan mereka yang melakukan zina.. sebab asas kepada hukuman di dalam Islam adalah kekuatan Aqidah, kerana takut mereka akan hari pembalasan.. Itu sebabnya Had yg dilaksanakan Nabi berlaku melalui Pengakuan Penzina(Taqrir) itu sendiri..bukan dari operasi Skodeng dan Tajassus yang dilarang dalam Agama..

Nabi ketika didatangi mereka yang membuat pengakuan atas perbuatan Zina, apa kata Nabi ? apakah kamu gila..

أَبِكَ جُنُونٌ ؟..

Begitu juga kisah bagaimana Saidina Umar yang menerima pengakuan dari seorang lelaki.. katanya ia telah melakukan segala definisi Zina (seks) kecuali bersetubuh.. lalu Saidina Umar berkata, mengapa kamu buka Aib yang telah Allah tutup keatas kamu..

لَقَدْ سَتَرَكَ اللَّهُ لَوْ سَتَرْتَ نَفْسَكَ..

" Allah telah tutupi keaibanmu ..lebih baik jika kamu menutupi keaiban dirimu..".

6- RUANG LINGKUP DOSA DAN MAKSIAT PERIBADI

Sebelum ini ramai yang mempertikaikan Pandangan Dr Mujahid dalam isu melibatkan Dosa dan maksiat Peribadi, Sedangkan apa yang dikatakan Dr Mujahid itu memang menepati kehendak Islam..

Apa yang dilakukan oleh ramai dari penguatkuasa Agama, Tajassus itulah dilarang dalam Agama.. Sebagaimana peringatan Nabi kepada pemerintah yang sering mengintai dan Menyelidiki kesalahan rakyatnya..

"إِنَّكَ إِنِ اتَّبَعْتَ عَوْرَاتِ النَّاسِ أَفْسَدْتَهُمْ" أَوْ "كِدْتَ أَنْ تُفْسِدَهُمْ"..

" Sesungguhnya bila kamu menyelidiki aurat orang lain, bererti kamu Telah merosakkan mereka atau kamu " hampir buat mereka menjadi rosak "...

Imam Ghazali di dalam Kitabnya Ihya Ulumuddin memberikan panduan jelas kepada badan Hisbah bagaimana yang ditakrifkan sebagai maksiat yang Tersembunyi..

وقال الغزالي:..

فما حد الظهور والاستتار فاعلم أن من أغلق باب داره وتستر بحيطانه فلا يجوز الدخول عليه بغير إذنه لنعرف المعصية إلا أن يظهر في الدار ظهوراً يعرفه من هو خارج الدار كأصوات المزامير والأوتار..

Apakah had bagi ‘jelas’ dan ‘tersembunyi’ ? Maka ketahuilah bahawa orang yang menutup pintu rumahnya dan menyembunyikan dirinya dengan dinding-dinding pagarnya, tidak dibenarkan untuk memasukinya (rumahnya) tanpa izin untuk mengetahui maksiat... kecuali nyata (apa yang berlaku) dalam rumah itu diketahui oleh yang berada di luarnya. Umpamanya bunyi seruling dan alat muzik bertali(Ghazal),

Panduan jelas dengan perumpamaan yang disebut Imam Al Ghazali كأصوات المزامير والأوتار.. seperti terdengar bunyi yang kuat seperti Seruling dan Gitar sehingga kedengaran di jalanan..

Jadi apa yang berlaku disebalik Tembok, Di dalam bilik, Itu bukan urusan kita, Samada benar atau tidak Semoga mereka yang terlibat itu bertaubat kepada Allah..

Malangnya perbuatan menuduh Zina ini berlaku dikalangan penguatkuasa Agama sendiri sepertimana pendakwaan di Mahkamah Syariah Terengganu melibatkan pasangan Lesbian, walaupun dengan bukti yang tidak jelas.. Tuduhan berlaku hanya berdasasrkan Syak wasangka Penguatkuasa Agama..

7- DOSA PERIBADI BERBEZA DENGAN JENAYAH MELIBATKAN KEPENTINGAN DAN MASLAHAH UMUM

Kata Khalil Abdul Hadi lagi, PAS sudah lama mengambil pendirian menolak tuduhan dan Fitnah melibatkan musuh Politik termasuk tuduhan melibatkan skandal 1MDB..

Ini satu lagi contoh kedangkalan agamawan membezakan Tuduhan, Jenayah melibatkan kepentingan umum dan Dosa Peribadi.. Ia berbeza sama sekali.. Prinsip pembuktiannya berbeza..

Samada Skandal Tabung Haji, FELDA, Tabung Haji mahupun 1MDB, Ianya perlu dibawa kepada pengetahuan umum.. dan Mereka terlibat mesti dibawa ke muka Pengadilan..

Sebelum ini SU Agong PAS dan Haji Hadi sendiri jahil dalam urusan agama bila gagal membezakan tuduhan Zina, Dosa Peribadi bila mengaitkan dengan kes Dadah dan Penculikan, ketika rancak isu larangan Tajassus dalam ruang peribadi dibangkitkan Dr Mujahid.

8- UMMAT ISLAM WAJIB TOLAK TUDUHAN MELIBATKAN DOSA PERIBADI

Biar kepada Siapa pun tuduhan melibatkan Dosa dan Maksiat Peribadi, Maka sebagai Muslim, marilah kita tinggalkan, Abaikan sama sekali, tidak kira tuduhan itu benar atau tidak..

Kita Sendiri pasti ada Dosa dosa peribadi yang Allah tutupkan aibnya di Dunia, Boleh jadi ada antara kita yang pernah berzina, Bermaksiat dan sekurang kurangnya Zina mata dan hati..Rosaknya Ummat hari ini bila tanpa rasa malu mengakui Dosa maksiat mereka.. Sedangkan Allah menganjurkan kita menjaga Aib sesama Muslim..

Allah akan mengampunkan Dosa bagi muslim yang menjaga aib muslim lain Di Dunia.. Bukan menyebarkan Aib muslim lain, atau memalukan dan melaknatkan mereka di Dunia sepertimana dilakukan para pendakwah dan penguatkuasa agama hari ini..

Dalam Khutbah sheikh said Ramadhan Al Bhuti yang membicarakan tentang ahli Maksiat, pernah membawa Hadis Nabi.. Allah perbicarakan bersendirian seorang muslim yg Menjaga Aib dengan Allah, yang Allah letakkan Tabir sutrah(Hijab/tirai) dari diperlihatkan manusia lain di hari perbicaraan mereka di Akhirat...

lalu Allah Mengampun Dosa Dosa Maksiat dia yang dahulu kerana dia menutup aib Muslim lain di Dunia.. Bukannya Kelompok yang membuka aib dan malukan Muslim lain Di Dunia seperti Skuad Badar di Kedah...

Sebagaimana Hadis Nabi..

إِنَّ اللهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ فَيَقُوْلُ: أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا، أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا؟ فَيَقُوْلُ: نَعَمْ، أَيْ رَبِّ. حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوْبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ،..

“Sesungguhnya (di hari penghisaban nanti) Allah mendekatkan seorang mukmin, lalu Allah meletakkan tabir dan menutupi si mukmin (sehingga penghisabannya tersembunyi dari orang-orang yang hadir di mahsyar).

Allah berfriman :

‘Apakah engkau mengetahui dosa ini yang pernah kau lakukan? Apakah kamu tahu dosa itu yang dulunya di dunia kamu kerjakan?’ Si mukmin menjawab: iya, hamba tahu wahai Rabbku (itu adalah dosa-dosa yang pernah hamba lakukan)... Hingga ketika si mukmin ini telah mengakui dosa-dosanya dan ia memandang dirinya akan binasa karena dosa-dosa tersebut..

lalu Allah memberi khabar gembira padanya,

سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ. فَيُعْطِي كِتَابَ حَسَنَاتِهِ …

‘Ketika di dunia Aku menutupi dosa-dosamu ini, dan pada hari ini Aku ampuni dosa-dosamu itu.’ Lalu diberikanlah padanya catatan kebaikan-kebaikannya…”

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi lagi..

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ..

" Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.. "

Tazkirah Jumaat..

21.Jun.2019

Ipohmali