MOHD SAYUTI OMAR
Aerogram Malam.
Ramai orang persoal kenapa parlimen digantung, persidangan
Majlis Raja-Raja Melayu juga tertunda, sedangkan murid sekolah dan kanak-kanak
Tadika bebas untuk ke sekolah masing-masing.
Sekali imbas terasa perbezaan sekatan dan kebenaran itu.
Setelah mendengar penjelasan kerajaan, barisan hadapan, para
guru, tentera akan diberi keutamaan untuk menerima Vaksin, baru saya faham
kenapa Majlis Raja-Raja ditangguh dan parlimen di gantung.
Menurut KKM, vaksinasi diberikan kepada mereka berumur 18 tahun
ke atas. Jadi budak-budak sekolah dan Tadika rata-rata berusia di bawah 17
tahun ke bawah. Kerana ada hak batas usia itulah menyebabkan sekolah dan Tadika
dibenarkan.
Yang pelek sikit di sini, mungkin manusia berumur di bawah 18
tahun ke bawah mempunyai daya tahan imuniti diri yang kuat berbanding dengan
orang berusia 45 tahun ke atas. Disebabkan itulah majlis raja-raja ditangguh
kerana semua raja berumur 50 tahun ke atas, begitu juga dengan ahli parlimen
rata-rata berumur atas 25 tahun ke atas bahkan ada yang cecah 95 tahun.
Maka bahaya kepada ahli Parlimen dan speaker kalau parlimen
bersidang.
Seperkara lagi mengenai vaksiinasi ini ialah keutamaan diberikan
kepada orang dewasa yang berkhimat di barisan hadapan, askar, guru dan tentunya
para menteri. Adapun kita orang kampung diberi pilihan sama ada hendak atau
tidak. Dalam erti kata lain kita orang kampung tidak mendapat prioriti mendapat
vaksin? Apakah kerana orang kampung lambat mati?
Cuba buat keluar jumlah yang meninggal kerana Covid-19, berapa
orang kampung, berapa orang bandar dan berapa orang yang berkerja di barisan
hadapan, polis dan tentera. Kita sama-sama tengok dan nilai apakah yang berlaku
sekarang ini apakah adil dan saksama? Trims.