TIADA KERJASAMA ANTARA KPM DAN KTPM ?

 

NORMAN RADZUAN



TAK WAJAR ANAK-ANAK  KECIL DIPERTARUHKAN...

Keputusan KPM dan KPTM membenarkan sekolah dan IPTA bermula pada tempoh yg sama tidak tepat. Ia hanya akn membuatkan pergerakan agresif di dlm masyarakat. Keputusan ini dilihat seperti tiada komunikasi melibatkan kedua kementerian yg saling berkaitan.

Ini kerana keduanya melibatkan ibu bapa. Dalam masa sama ada anak yg mahu dihantar ke IPTA dan ada anak yg mendaftar persekolahan. Bukan sahaja masa dan wang ringgit tapi lebih membimbangkan pergerakan ibu bapa ke sana ke sini menghantar anak ke asrama dan sekolah.

Lebih dari itu kewajaran anak2 kecil seusia 7 tahun didahulukan utk bertemu secara fizikal tidak masuk akal. Apa yg budak2 ini faham tentang SOP. Kenapa budak2 ini dipertaruhkan? Adakah utk menutup isu pemberian percuma laptop?

Saya berpendapat biar pelajar IPTA masuk dahulu dgn SOPnya. Kita lihat adakah ia berjaya atau tidak. Lebih baik step by step, lagi pun tunggu suntikan vaksin 2/3 bulan dahulu. Selepas IPTA, pelajar sekolah menengah dan barulah anak2 kecil ( pra sekolah ).

Umpama ada anjing liar di hadapan... kita biarkan anak yg berusia 7 tahun ke hadapan dan 18 tahun di belakang. Lebih teruk yg usia 50-96 tahun kita sorok kat rumah ( Parlimen tutup ). Tak betul... sebab kita berharap selepas frontliner diberi suntikan, guru2 dan pensyarah2 adalah mereka yg wajar diberi suntikan segera kerana mereka adalah individu yg sgt dekat dgn pelajar2.

Kita tidak mahu ada kluster guru dan kluster budak sekolah. Kemudian dibuat lagi PKP3.0 dan Darurat disambung lagi. Vaksin dah tiba...alang2 tunggu la sebentar sebulan lagi... step by step la Menteri.

Lagipun ramai ibubapa baru habis duit belikan tablet/hp dan com. Kemudian tak sampai 10 hari suruh budak2 pergi sekolah...Menteri Pelajaran tak gunakan kewarasan akal. Nak tanya Menteri Pengajian Tinggi pergi kuruskan badan juga ke? Mana dia pergi...