Syarikat Korea bakal buka kilang komponen EV bernilai RM2.3 billion di Sabah

 


Syarikat Korea bakal buka kilang komponen EV bernilai RM2.3 billion di Sabah


Sebuah kilang membuat komponen untuk bateri kenderaan elektrik (EV) bakal dibuka di Kompleks Industri Kota Kinabalu, Sabah.

Syarikat SK Nexilis akan melabur sebanyak RM2.3 bilion untuk membuka sebuah kilang menghasilkan foil tembaga untuk SKC, pembuat bateri untuk EV.

Kilang itu akan mempunyai had pengeluaran sebanyak 50,000 tan setahun dan ia adakah kilang pertamanya di luar Korea.

SK Nexilis dikenali sebagai penghasil foil tembaga terbaik di dalam industri EV dan menggunakan teknologi terkini.

Kilangnya di Malaysia juga bakal menggunakan inisiatif RE100 (Renewable Energy 100), di mana ia akan menggunakan tenaga yang diperbaharui 100 peratus.

Kilang baharu itu bakal beroperasi dalam tahun 2023 dan SK Nexilisi sedang dalam proses untuk menghantar permohonan pengilangan mereka kepada MIDA.