BOB KELANANG
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat
oleh sebuah syarikat (SugarBook) yang memaparkan statistik berkenaan Sugar
Daddy dan Sugar Baby... p33ada ramai orang... pendedahan ini amat
mengejutkan.... tapi bagi pihak keselamatan Malaysia... ianya adalah satu
rahsia terbuka. Ianya bukan benda yang baru... sudah puluhan tahun ianya
dikesan di Malaysia
Berita ini jika dikaji dengan lebih mendalam sebenarnya
memperlihatkan betapa rosaknya pelajar-pelajar yang berada di Institusi
Pendidikan... Ianya bukan sahaja melibatkan Institusi Pendidikan di Malaysia
tapi diseluruh dunia...
Bagi Cawangan Anti-Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) PDRM
Bukit Aman, berita yang tersebar ini memberikan satu cabaran besar buat mereka
menyekat dan menghalang perkara ini dari terus membarah. Walaupun kerap dibuat
serbuan ke atas premis-premis hiburan dan tempat penginapan mewah... tapi
banyak kes hanya berjaya dirungkai hanya dengan bantuan orang dalam...
Aper pon... perkara ini perlu dibenteras demi untuk menjaga nama
baik institusi pengajian tinggi di Malaysia (sama ada swasta mahupun awam) dan
juga demi moral.
Marilah kita sama-sama terlibat memantau dan juga memastikan
bahawa anak-anak kita tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini...
Pemantauan secara berkala dan ekstreme perlu dibuat di institusi yang dinamakan
ini... Sedih bila satu institusi pengajian tinggi awam yang pelajarnya hampir
100% Melayu Islam seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dengan
industri Sugar Baby Sugar Daddy ini....
Ada juga dalam laporan lain yang mengatakan bahawa ada pelajar
dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga terlibat dalam industri
tidak bermoral ini... Ianya juga perlukan pemantauan yang berkesan