BOB KELANANG
Covid-19 ni dah nak masuk 2 tahun dah... tapi SOP untuk PKP yang
dibuat masih lagi caca marba... pincang sana-sini... karut sana-sini...
Kejap dibenarkan beroperasi... kejap diarahkan tutup...
Sekatan Jalan Raya dalam pekan/bandar kecil bukannya dilihat
untuk mengekangkan penularan Covid-19... DAN pematuhan SOP... tapi lebih kepada
nak bagi jalan jem jer... kalau betul nak kekangkan penularan... buat saja
roadblock di sempadan daerah ATAU negeri...
Selebihnya buat sahaja rondaan yang lebih efektif, berkesan DAN
teratur... Itu lebih bermanfaat daripada buat roadblock di jalan utama yang
akhirnya menyebabkan jem sepanjang 2km lebih DAN amik masa sampai sejam baru
dapat lepas roadblock... Ini semua kerja gila...
Kadar jangkitan kes harian meningkat bukan disebabkan jem di
jalan raya... tapi di kilang... di tapak pembinaan... yang ini hampeh...
pemantauan teruk... kondisi penginapan pekerja kilang yang sesak... tidak
berkemanusiaan... dan tidak bersih...
Selagi xder SOP PKP yang teratur DAN bagoosh... selagi itulah...
Apa yang Perdana Menteri boleh buat selain buat perutusan DAN
ugut naikkan kadar denda... itu yang... yang jadi mangsa adalah rakyat marhaen
yang memang patuh pada undang-undang... pemimpin terlepas…
Ini semua bagero... laksanakan Darurat tapi macam xder apa ja...
melainkan nak selamatkan politik depa ja...