Selepas ambil vaksin masih pelru pakai mask?
Via WhatsApp
AKU tidak menolak vaksin dan aku juga bukan daripada kumpulan “anti-vaks”.
Namun ini antara persoalan yang memerlukan jawapan konkrit daripada kerajaan serta pihak berotoriti iaitu KKM.
Setakat ini, jawapan kepada setiap persoalan ini adalah “TIDAK”.
- Jika kita terima vaksin, kita boleh berhenti memakai pelitup muka?
Tidak.
- Jika kita terima vaksin, bebas bersalaman dan berpelukan, tiada lagi mengamalkan jarak fizikal?
Tidak.
- Jika kita terima vaksin, kehidupan kembali normal – bebas buat kenduri kahwin, berkumpul bersama keluarga, tengok wayang, menonton perlawanan bola sepak di stadium, berkumpul bersama rakan?
Tidak.
- Jika kita terima vaksin, adakah diri kita tidak dijangkiti apabila diri terdedah kepada individu positif Covid-19?
Tidak.
- Jika terima vaksin, adakah ia memutuskan rantaian penularan Covid-19?
Tidak.
- Jika terima vaksin, adakah kita melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti Covid-19?
Tidak, kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak diberikan dos suntikan vaksin.
- Kerajaan akan bertanggungjawab, berikan pampasan kepada ahli keluarga jika berlaku kejadian di luar jangka atau timbul kesan-kesan sampingan?
Tidak.
- Jika kita terima vaksin, berapa lama tempoh masa untuk tubuh kita membentuk imuniti?
Tidak tahu, ia masih dalam kajian.
- Jika kita terima vaksin, sembuh lebih cepat sekiranya dijangkiti Covid-19?
Tidak.
- Soalan akhir, jika kita terima vaksin hidup kembali normal, tiada lagi SOP benak MKN?
Tidak.
- Kejap, jika semua jawapan adalah “tidak” – untuk apa kerajaan berbelanja berbilion ringgit dan kenapa rakyat diminta terima dos vaksin?
Bagi melindungi orang lain.