PKP 2.0 YANG GAGAL..
Sudah 2 hari kes Covid-19 berkurangan.. Alhamdulillah.. Tapi ramai yang tidak tahu, Saringan juga dikurangkan.. bila saringan kurang, output dia juga kurang.. jadi aku boleh faham, Kenapa ia perlu dikurangkan.. Sebabnya tarikh 18 Febuari sudah semakin hampir..
Ada apa dengan tarikh 18 Febuari..? Sebab itulah PKP sepatutnya berakhir.. iaitu sambungan PKP dari tarikh 4 Febuari yang sepatutnya tamat, hampir sebulan setengah PKP 2.0 dilaksanakan…. jadi sebelum 18 Febuari, PKP mesti dilihat berjaya menurun kes.. jadi bagi lah berkurang menjelang 18 Febuari.. nanti PKP ditamatkan.. Selepas ni bila kes naik, Salahkan rakyat tak patuh SOP balik..Mudah jer..
PKP 2.0 ini sebenarnya gagal.. Siapa yang kata gagal.. dalam laporan yang kata itu Pakar kesihatan sendiri.. termasuk Presiden Persatuan Perubatan Malaysia(MMA).. jadi apa yang dilakukan, adalah acara menutup kegagalan…
Selepas kantoi angka 5 ribu dicatatkan awal febuari data yang digunakan adalah hasil saringan pada tahun 2020.. aku sukar untuk percaya apa apa data dan angka yang keluar sejak akhir akhir ini..
Apapun..Kita berharap kes berkurangan..Tetapi melihatkan cuaca panas dan lembab pada ketika ini.. jika tempat tertutup lagi muda sebaran itu berlaku.. ditambah kegagalan Menteri menteri tebuk atap.. Kalau ada Vaksin pun rasanya tetap gagal..
Bukan hanya data Kesihatan.. Sejak mutaakhir ini data Ekonomi pun boleh dimanipulasi untuk sedap kan hati.. Depa kata apa pun.. disebut dalam belanjawan negara meleset 4.5%..Rupanya 5.6%… jauh daripada unjuran dalam belanjawan biarpun waktu itu masa hanya berbaki sebulan.. semua data tu..takda sapa boleh pertikai.. Sebab Parlimen kekal ditutup… 😉
Ipohmali