Penyokong Mahathir mahu bertanding 98 kerusi, cadang PH ambil 124 kerusi parlimen

 


Mula-mula para penyokong saka ni nak bekerjasama..aku tak tahu la secara paksa ka atau dah berunding. Awat yang nak kerjasama macam secara paksa? Kalau dah terasaa kuat sangat eloklah bertanding lah berapa kerusi sekali pun . Mana ada siapa yang akan larang.

Kemudian, setelah nak paksa PH terima mereka....boleh pulak aturkan parti ni sekian sekian banyak kerusi yang bertanding dan dia  parti apa ntah la yang akan mewakili OT 95 tadi akan bertanding dengan 98. Makna kata dia nak jadi "Abang Besar"  la kononnya. Makna kata boleh lah tentukan siapa akan jadi PM?

Owhh banyak hangpa punya cerdik..Tak bekerjasama lagi dah nampak hangpa punya cengkadak nak menipu..kalau menang la..kalau...dulu pun menang berapa kerat kerusi saja....jangan nak mengarut lah...

PH tak akan bekerjasama dengan OT 95 pun sebab dah tahu hangpa punya perangai nak kencing...buat busuk nama saja...PKR akan bertanding semua kerusi kecuali Kerusi DAP.....amacam?


POSTED BY AMIR WRLR


Penyokong Mahathir mahu bertanding 98 kerusi, cadang PH ambil 124 kerusi parlimen


Buat pertama kalinya kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan formula kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Kumpulan penyokong Dr Mahathir yang memperkenalkan mereka sebagai ‘The Third Force bloc’ atau Pasukan Ketiga mahu bertanding 98 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang dan mencadangkan Pakatan Harapan bertanding 124 kerusi.

Dalam satu tulisan yang dibuat oleh penyokong kuat mereka, Raggie Jessy Rithaudeen, The Third Force dianggotai oleh Pejuang akan bertanding 50 kerusi, Warisan (23) dan lain-lain (25).

Kerusi-kerusi itu adalah kerusi yang telah dimenangi oleh Pejuang dan Warisan sekarang serta sejumlah kerusi yang lain.

Tulisan itu mencadangkan, PKR bertanding 50 kerusi, DAP (42) dan AMANAH (32).

Cadangan ini bertujuan untuk mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru, kata tulisan itu lagi.

“Semua pihak akan bertemu selepas pilihan raya umum untuk menentukan siapakah yang patut menjadi perdana menteri,” cadang tulisan itu.

Tulisan ini mengandaikan, Bersatu, Umno dan Pas serta rakan-rakan mereka akan bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang dan tidak akan bertembung antara satu sama lain.

Ini adalah cadangan yang pertama datang dari kumpulan Tun Dr Mahathir untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru atau lebih dalam pilihan raya umum akan datang selepas berpecah dengan Pakatan Harapan.

Dr Mahathir masih menjadi faktor dalam pilihan raya di Malaysia.

Yang menjadi isu juga adalah apakah Umno akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya nanti kerana kedua-duanya merebut kerusi yang sama.

Dalam mesyuarat bahagian-bahagian Umno awal Januari lepas, 147 dari 222 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke 15 nanti.

Namun begitu, Umno sedang dipujuk oleh Pas terutamanya bahawa tanpa kerjasama dengan Bersatu dan Pas, mereka akan kalah.

Jika Umno bertegas dengan keputusannya tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, akan terbentuk tiga blok utama dalam pilihan raya umum akan datang.

Perikatan Nasional (PN) di mana Bersatu akan bersama dengan Pas dan rakan-rakannya termasuk Gerakan yang baru menyertai mereka.

Barisan Nasional yang terdiri dari Umno, MIC dan MCA.

Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan AMANAH yang bekerjasama dengan kumpulan The Third Force pimpinan Dr Mahathir.