PENGHAKIMAN HAKIM DAN KOMEN PEMBACA

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF




Terbitan saya yang sebelum ini saya sudah hadkan sebab ada kesilapan saya dalam faham cara Malaysiakini terbitkan artikel nya.

Ini adalah spekulasi saya sendiri ( mungkin betul / mungkin salah).

Hanya pelanggan berbayar portal malaysiakini.com yang boleh tulis komen. Dan komen-komen yang di tulis tadi akan di kumpulkan mungkin menggunakan kepintaran mesin (AI) @ atau mungkin komen teratas, untuk jadi satu artikel baru. ( Terbitan saya sebelum ini, saya tulis MK pilih untuk terbit artikel berdasarkan komen yang di pilih secara manual).

Jadi kalau kita lihat demografi pelanggan berbayar portal malaysiakini.com, banyaknya terdiri dari golongan M40 and T20 yang sangat-sangat kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan sekarang. Sebab itu siapa yang perasan, hanya artikel Bahasa Melayu sahaja yang percuma, dan yang bahasa Inggeris ada sesetengah di kunci di sebalik pembayaran.

Bebalik pada kes mahkamah tersebut, ketua hakim berkata yang mahkamah tak boleh di persalahkan bila kes di tarik balik oleh pendakwaraya. ( komen saya : Tapi umum ingat hakim yang bebaskan sebenarnya pejabat peguam negara yang tarik balik jadi benda ini sebenarnya kena educate public)

Hakim kedua tulis yang mahkamah sudah ambil kira alasan MK yang kata mereka tidak tahu tentang komen pembaca tapi dalam masa yang sama MK sebagai tuan punya website yang boleh buat peraturan siapa yang boleh komen untuk hasilkan perbincangan. Hakim kedua kata MK bertanggungjawab untuk kawal apa yang di terbitkan dan MK tak boleh beri alasan yang sistem tapisan komen yang menyakitkan ( mungkin secara automatik) hanya boleh tapis komen bahasa kesat tapi bukan komen yang menyakitkan hati mahkamah.

============== komen saya ===================

Bagi saya ini adalah satu duluan yang agak rigid. Saya sudah berbelas tahun dalam IT dan kepakaran saya dalam email, tak ada satu sistem pun dalam dunia yang boleh tapis komen yang menyakitkan. Sebab menyakitkan hati itu sendiri subjektif. Dalam sistem yang saya jaga, saya ada tapisan untuk perkataan yang lucah, perkataan yang tak sesuai untuk suasana korperat, tapi tak ada tapisan untuk perkataan atau ayat yang menyakitkan hati seseorang/mahkamah.

Contoh yang mudah, kalau ayat, "padanlah team X asyik kalah, pengurus dia pun tak pandai main bola". Ia mungkin menyakitkan hati pembaca yang pro pada team x, tapi tak pada orang lain. Persoalan dia, macam mana sistem nak tahu yang mana satu menyakitkan yang mana satu tidak? Kalau macam ini pakai NLTK pun pengsan nak kesan sentimen negatif atau postif berdasarkan sakit hati.

Jadi apa yang akan jadi selepas ini kiranya adalah serampang dua mata. Mana-mana portal (termasuk la FB dan Twitter bertanggungjawab atas komen masa hadapan pembaca dia dan portal terserbut boleh di sabitkan kesalahan kalau pembaca dia tulis sesuatu yang menyakitkan hati orang lain. Jadi untuk mengelakkan di saman, mungkin portal-portal tersebut akan tutup ruang komen; jadi hilanglah kebebasan bersuara yang di jamin dalam artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Jadi lepas ini, kalau senario terburuk, tak ada lagi lah tentera bawang boleh bergosip di mana-mana portal sebab kita ada duluan yang apa-apa sahaja komen tentera bawang boleh di anggap sebagai menyakitkan hati satu pihak yang lain; dan portal yang akan di pertanggungjawabkan.

Tapi kita kena ingat, yang Hakim hanya menghukum kes yang di bawa di hadapan dia; yang jadi persoalannya utama, kenapa kes ini di bawa oleh peguam negara in the first place?

Dan kita boleh jangka yang tahun hadapan indeks kebebasan media negara kita akan turun lagi selaras dengan penurunan indeks-indeks yang lain.

Sebagai solidariti terhadap Malaysiakini, saya sendiri sudah menderma pada tabung Malaysiakini.

WAllualam