PANDAI PULAK PAKSAKAN KEPADA RAKYAT.ZAMAN PH PUAK KAMU LAH KUAT HENTAM SEGALA YANG DIBUAT?

 SOP solat jemaah: Timbalan Menteri Agama kata taat sajalah kepada arahan kerajaan

SOP solat jemaah: Timbalan Menteri Agama kata taat sajalah kepada arahan kerajaan

Dialog ilmiah dalam isu agama diperlukan, namun rakyat disaran supaya taat keputusan kerajaan yang mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di masjid, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Menurutnya, ia bukan soal siapa berpandangan itu dan ini, sebaliknya apabila kerajaan sudah membuat satu keputusan maka menjadi kewajipan rakyat untuk patut, walaupun keputusan itu barangkali terdapat pandangan kedua atau pandangan ketiga.

“Apa pun perbahasan yang dibuat, apa pun tajuknya dan pendirian panelnya tetapi dalam konteks negara yang perlu kita patuhi ialah ketaatan kepada kepimpinan. Ulul amri ini sudah pun buat keputusan, ini SOP dan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

“Jika semua orang nak pakai banyak pandangan, akan banyaklah corak dan cara solat di masjid itu. Ada yang dekat, yang jauh dan lebih jauh.

“Jadi kerajaan buat keputusan dengan mengambil kira pandangan semua pihak. Kepakaran dalam bidang perubatan, dalam soal kehidupan sosial masyarakat, jadi sudah diadunkan sehingga keluar satu SOP yang memerlukan kita ikut dan patuh,” katanya ketika mengulas program dialog bertajuk “Jarak Saf dalam mendepani Covid-19: Tuntutan agama atau pemahaman songsang?”

Dialog yang berlangsung 12 Februari lalu itu menampilkan Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Rozaimi Ramli dan pendakwah bebas, Mohib Khouli Nazem, membincangkan hukum penjarakan saf ketika solat jemaah di masjid.

Susulan dialog itu menyaksikan pelbagai reaksi netizen di media sosial yang tampil melontarkan pandangan masing-masing.

Terdahulu Ahmad Marzuk (gambar, atas) ditemui media selepas menyampaikan sumbangan musaadah Covid-19 kepada pemandu teksi di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu, anggota parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, dialog secara ilmiah itu sangat perlu, bagi mencerakinkan lagi ilmu berkaitan dengan isu-isu agama.

Jelasnya, dialog itu lebih membabitkan perbezaan pandangan dalam sudut keharusan dan kewajaran menjarakkan saf dalam solat.

“Itu dibolehkan sesiapa pun nak buat perbahasan secara ilmiah, beradab dalam suasana terkawal. Cuma pesan saya kepada netizen, ikutlah adab seperti mana pembahas-pembahas itu.

“Mereka (panel) selepas berbincang boleh minum duduk semeja, tidak lagi berpanjangan,” kata Ahmad Marzuk.