Sebaliknya pada 3 Ogos 2020, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa setiap premis perniagaan wajib mempunyai kod QR MySejahtera.
“Malang sekali apabila terdapat banyak pihak yang disaman penguatkuasa kerana tidak menggunakan MySejahtera. Arahan MKN itu - yang jelas sengaja dirancang untuk meminggirkan SELangkah - menyusahkan ramai orang,” tegas Dzulkefly yang juga Pengerusi Selangor Task Force Covid 19 (STFC) serta bekas Menteri Kesihatan.