Perjalanan karier politik Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin sekali lagi tercalar dalam kalangan pengguna media sosial berikutan beberapa tindakan beliau baru-baru ini.
Rakyat seolah-olah telah memberikan mesej yang sangat jelas kepada pemimpin no 1 negara itu bahawa kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada beliau telah hilang seperti mana hilangnya sokongan majoriti ahli parlimen kepada beliau.
Perancangan demi perancangan yang dilakukan seakan-akan menemui jalan buntu. Sesungguhnya kebuntuan ini mampu dikekang dan dikawal sekiranya parlimen kembali bersidang supaya pelbagai idea dan hala tuju negara mampu dikembalikan melalui perbahasan yang lebih baik di peringkat parlimen.
Semoga kepimpinan negara kini mampu melihat kewajaran dan kepentingan suara rakyat itu dikembalikan . INI BUKAN MASA BERPOLITIK