MUHYIDDIN DIKEJAR MASA


Muhyiddin tahu dia dikejar masa. Darurat dan penggantungan parlimen beri sedikit ruang untuk dia bernafas kekal jadi PM. Dia juga sempat luluskan projek NIIS yang libatkan menantunya.

Muhyiddin tahu dia adalah PM tanpa majoriti. Dia ada 109 sokongan sahaja apabila Datuk Jazlan dan Datuk Nazri Aziz tarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Bahkan bukan rahsia 115 MP hantar surat kepada YDP Agong supaya diadakan sidang khas Parlimen berdasarkan Artikel 150 perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau 115 bermakna yang menyokong PM cuma tinggal 107. Cukup jelas Muhyiddin jadi PM dengan ehsan darurat.

Apakah selepas Ogos, YDP Agung akan beri perkenan supaya darurat disambung?

Komen komen negatif terhadap Muhyiddin dalam facebook Istana Negara dedah Muhyiddin bukan PM popular.

Parlimen mesti bersidang semula selepas Ogos. Beranikah Muhyiddin masuk Parlimen dengan sokongan 107 MP sahaja.

Ada berani?

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

7 Februari 2021.