INI BUKAN "HINT" YANG PERTAMA
Kah kah.....COME ON AtukSAKATua....boleh kembali ke UMNO ni
bukan "HINT" kali pertama Atuk. Atuk memang tetap sayang pada
UMNO..."BENCI TAPI RINDU" gitew. Soalnya..MAHUKAH UMNO MENERIMA
Atuk??
Tu pasal Atuk pernah beriya-iya nak haramkan UMNO sbb mahu semua
pakat join PPBM dan Atuk tidak kerinduan lagi dgn UMNO. Malangnya hasrat itu
tidak berjaya sbb DSAI dan LKS menentang rancangan itu.
Kali ni Atuk nak buat lawak apa lagi? Sebab so far gagal hijack
PH thru' Oren Masam dan #K3, gagal
pula hijack UMNO thru' puak UMNO pro Bersatu maka Atuk ubah taktik ke??
Atuk jadi gelebah bewak bila nampak ada keberangkalian
"Grand Coalition" antara UMNO-PKR-DAP..?? Atuk and the gang beruntung
sket GC tu tak jadi sbb ada akar umbi dan pemimpin UMNO yg menentang GC
berkenaan. Begitu juga dgn sebahagian pimpinan DAP. Kalau tidak, Atuk dan
PANjlat2 Atuk dah jadi sejarah...kah kah.
Tapi Atuk jangan lupa, andai Abah Kau Mooyiddin terpaksa
mengalah JIKA terima "tekanan" majlis payung kuning, DSAI boleh
diangkat jadi PM dan GC tadi bakal kembali melalui MP-MP UMNO (bukan parti UMNO
secara "enbloc") + PKR + DAP. NGERI BUKAN??
Atuk kata taknak kembali sebab ada
"penyangak-penyangak" dalam UMNO?? Sungguh janggal dan ironi bila
ungkapan itu ditelurkan oleh KEPALA PENYANGAK sendiri. Tidakkah ini jelas
menunjukkan RETORIK, sifat HIPOKRIT dan MUNAFIK??
Wallahualam.
- Zus Din
17 Februari 2021
*****************************
Saya boleh kembali kepada UMNO... - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau
boleh kembali kepada UMNO.
Begitupun, ia hanyalah sekiranya UMNO kembali berpegang kepada
dasar awalnya iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
“Saya boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang
'penyangak-penyangak' semua minta maaflah, saya tak boleh bekerjasama dengan
mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program ‘Bersama Tun M’ yang
dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Sinar Harian
pada Rabu.
Beliau turut mengakui masih sayangkan UMNO apatah lagi pernah
menjadi presiden selama 22 tahun namun sayang itu tidak kepada pemimpinnya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan beliau
sudah mengambil keputusan untuk berehat daripada politik selepas meletak
jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.
“Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap
akan dapat berehat, mungkin enjoy live sikit pergi jalan sana-sini tetapi
selepas seminggu saya letak jawatan (ada) orang datang minta (tolong).
“Tun tolonglah buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa
yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik.
Satu minggu sahaja sudah nampak berlainan keadaan (nya).
“Jadi mereka datang dan (seterusnya) rombongan demi rombongan
datang minta saya buat sesuatu. Bagi saya, saya cuba nasihat (pemimpin
terbabit) tapi nasihat tidak berkesan,” katanya.
Menurutnya, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar
daripada UMNO supaya mudah untuk menegur salah laku kerajaan.
“Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti (UMNO) dan
menentang kerajaan (UMNO ketika itu),” katanya lagi.
Link : https://www.astroawani.com/.../saya-boleh-kembali-kepada...