Hamdan Taha
Asalamualaikum...
Saya ada dalam politik ni dari tahun 88 tapi bukan lah hebat sama seperti orang lain juga. Saya suka kepada politik ini tapi jadi pemimpin tak layak. Sesuia jadi pengikut dan pemerhati sahaja
Tetapi mula tahun 98 apabila anwar ibrahim di pecat dari umno dan jawatannya suasana politik orang melayu berubah. Ketika itu saya lihat dr m dan umno di serang oleh penyokong anwar,juga oleh penyokong Pas dan Dap juga rakyat biasa. Dari dalam umno suka ada yang melihat dr m sebagai tokoh yang rosak kan umno. Tetapi ahli umno adalah golongan setia kepada parti. Akhirnya dr m berhenti...penyokong tun m juga menyerang anwar seperti mana dr m serang...teruk
Era pak lah bermula pujian sangat tinggi tetapi tak lama selepas itu gerakan menjatuhkan pak lah bermula. Bukan oleh parti pembangkang tapi oleh dr m...akhirnya pak lah berundur
Era najib beliau pada awal jadi pm di puji oleh tun m dan kerjasama dengan muhyiddin tapi hanya sepenggal. Akhirnya tun m dan muhyudin bekerja sama serang najib dan bersama dengan parti di luar BN lawan BN menang....
Era tun m jadi PM kedua pada awalnya mendapat sokongan PH tapi di benci oleh umno dan Pas. Tapi selepas tu tun m di perlukan pula oleh Pas dan Umno. Satu ketika tun m cuba menjadi penyelamat kepada dirinya supaya di sukai oleh semua parti yg ada dalam malaysia dengan ujud kerajaan perpaduan. Ideal itu baik buat dia dan negara tetapi kerana tun m mengunakan kaedah pecah perintah akhirnya gagal...
Era muhyidin pada awal perlantikan dia di lihat penyelamat dan mendapat sokongan rakyat biasa yg tidak tahu tentang politik....tapi selepas 7 bulan dia menjadi PM rakyat mula menilai dan melihat berlainan dari peringkat awal. Bermusuh dengan umno dan tun m menjadikan penurunan ketara sokongan terhadap beliau...
Apa yang saya nak sampaikan politik pecah belah yang dasyat dan melampau selama 22 tahun akhirnya kita melahirkan pemimpin yang rosak bersama oenyokong yang rosak juga. Kali ini saya melihat parti Pas dan Haji Hadi di hina di media baru tahap yang tak di fikir oleh akal. Orang menghina tun m tahap hampir keseluruhan manusia yang ada dalam malaysia. Semua parti tidak senang dengan dr m...penyudah kehidupan ahli politik yang tidak mengembirakan. Kebencian ramai orang mula terasa terhadap muhyuddin dan menteri menteri beliau...
Bayangkan sampaikan Hamzah zainuddin apa bila keluar hospital dari serangan covid boleh buat kenyataan bahawa beliau maafkan kepada ramai orang kerana mendokan supaya dia mati....apa punya kenyataan tu....sepatutnya menteri ini akan dapat doa yang baik baik..tapi dia buat kenyataan bahawa ramai orang doakan dia mati....ini bukan lah satu perkara yang patut berlaku....
Nampaknya kita rakyat malaysia terutama orang melayu tidak dapat memahami istilah perbezaan pendapat. Dan aklak kita sebenarnya mula rosak dengan teruk...muhyuddi di serang di FB istana negara dan di Fb presiden jokowi dengan begitu dasyat....
Kita sedang rosak secara perlahan dan yang merosakkan kita tokoh tokoh politik yang dah tua dan di antara mereka masih berebut rebut...antara dr m,anwar,muhyuddin najib zahid...ku li...nama nama ini juga telah ada dan bersaing 35 tahun dulu....haji hadi dan LKS