Pada 1 Febuari lalu saya membuat posting bertajuk “Kes menantu: Empat soalan PM kena jawab”.
Saya bertanya benarkah menantu PM Datuk Adlan Berhan adalah rakan kongsi syarikat IRIS yang dapat projek NIIS bernilai RM1.16 Bilion?
PMO atau Muhyiddin langsung tidak jawab. Nafi pun tidak. Saman pun tidak juga.
Kenapa? Mungkin kalau ke Mahkamah, banyak rahsia akan terdedah mengenai perniagaan dan kontrak yang diperolehi oleh menantu Perdana Menteri?
Saya hanya disaman kerana bertanya kenapa tempoh kuarantin antara Menteri dan rakyat berbeza.
Saman ini mungkin kurang damage pada PM kalau dibicara di Mahkamah.
DR. PUAD ZARKASHI
Ahli MT UMNO
24 Februari 2021.