KENAPA ERKARA INI DIBIARKAN OLEH BANI MELAYU?

 

KAMSIAH HEIDER



Tabung Haji announces 2 major appointments


Rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban dan semuanya menolong "menyelamatkan" Tabung Haji sebanyak RM19 bilion.

Namun, pada masa yang sama, gaji CEO Dana Tabung Haji tidak terjejas, tidak sesuai dengan apa yang berlaku. Sebenarnya, CEO TH adalah seorang yang amat tamak, terutama bagi syarikat yang berpangkalan di Tabung Haji seperti Takaful Malaysia Family Companies Berhad, dan Bank Islam Holdings Berhad.

Semasa seorang makcik di kampung mendapat dividen sebanyak 1.25% dan terpaksa menunggu sepuluh tahun untuk dapat menabung RM10,000 bagi menunaikan haji, pendapatan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia, Mohamed Hassan Kamil adalah RM903,000 sebulan atau RM10.84 juta setahun. Bagaimana kegilaan ini berlaku? Berapa tahun sudahkah dia menerima imbuhan tidak masuk akal ini?

Lebih teruk lagi, pendapatan beliau pada tahun 2019 meningkat hampir 17%, menjadikan purata pendapatan bulanannya tahun 2019 RM1.05 juta SEBULAN!

Ini menjadikan pendapatan purata beliau sebanyak RM30,000 sehari, sementara sebahagian besar simpanan jemaah selama sepuluh tahun tidak mencapai RM700!

Gaji CEO ini untuk satu hari adalah sama dengan simpanan simpanan seumur hidup. Mengapa perkara ini dibiarkan berlaku? Mengapa orang Melayu mudah membiarkan kes seperti ini berlaku ? Bagaimana memahami pemikiran orang Melayu yang rata-rata tidak kisah dengan salah laku dan tindakan tidak bermaruah seperti ini .