KENAPA DAP MASIH DISIMPAN SAMPAI SEKARANG WALAUPUN MEREKA DAH ADA KUASA..??



Ada satu saja alasan kenapa Pas  tak henti-henti mainkan nama DAP. Iaitu kerana Pas tiada apa lagi yang mampu diperkatakan.

 

Berpuluh tahun dahulu Pas berdiri atas nama kerajaan Islam, kepimpinan ulama, hudud DAN semua yang ada nama Islam.

 

Tapi sekarang tidak ada apa lagi pun yang Pas hendak laungkan.

 

Negara Islam? Pas adalah parti Melayu sekarang seperti tertulis dalam status Hadi sendiri. Pas cuma mahu negara Melayu. Bukan lagi negara Islam. Sebab itu sampai sanggup mencuri mandat.

 

Hudud? Pas dah buang jauh-jauh. Hadi sendiri dah akui hudud bukan keutamaan. Dan Hadi juga akui ada pemimpin UMNO yang tolak Hudud.

 

Kepimpinan ulama? Tengok bagaimana Kelantan mundur kerana diperintah oleh ulama ego. Tiada sebarang kemajuan pun.

 

Terengganu dan Kedah sendiri pun diserahkan kepada bukan ulama. Jadi slogan kepimpinan ulama dah jadi retorik.

 

RUU355? Lagilah... Itu hanya camouflage untuk kaburkan mata pengikut yang sudah sedia buta hati. Konon-konon je jalan menuju hudud.

 

Jadi Pas nak cerita pasal apa? Nak cerita tentang keadilan? Mereka mana reti. Nak cerita tentang ekonomi? Mereka mana tahu. Nak cerita tentang pelaburan? Lagilah mereka buntu.

 

Menteri dia yang pegang portfolio air pun nak selesaikan masalah rakyat, suruh rakyat wakafkan duit. Macam NGO pula. Itulah bukti Pas lembab dalam segala hal.

 

Maka sebab itulah Pas cuma boleh sentuh hal DAP. Sebab dah tak ada topik lain Pas berdaya nak ungkap. Cuma mampu fitnah DAP.

 

Boleh tengok sekarang DAP hanya senyap. Yang berebut kuasa UMNO dan Bersatu. Tapi tiba-tiba Pas salahkan DAP. Nampak tak?

 

Tak habis dengan modal DAP nak rampas negara. Sedang yang sebenarnya perampas adalah Pas sendiri... Jenis tak sedar diri.

 

Begitulah hikayat sebuah parti plastik berjenama Islam yang diberi nama Pas. Parti tong kosong. Harap bunyi saja bising tapi isi tiada.

 

Raja Gelap