KEMUDHARATAN HASIL DARI KEJAHATAN MUFTI YANG MENGHASUT..
Tengah makan pagi tadi, Tiba tiba ada sahabat berkongsi kenyataan seorang Mufti yang membicarakan Soal Mudarat.. Seolah olah, Kerajaan hari ini adalah mudharat yang ringan pada sebelumnya.. Memang benar, Berdasarkan satu kaedah Fiqh disebut..
(الضرر الأشد يزال بالضرر الأخف)
” iaitu kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan ”
2- KERAJAAN HARI INI JAUH LEBIH MUDHARAT..
Jika Mufti jahat itu cuba sampaikan Kerajaan hari lebih ringan Mudharatnya.. Apakah ianya lebih ringan, Jika lebih ringan kenapa Kerajaan yang kurang Mudharat ini perlukan Undang Undang Dharurat.. Sudah masti Mudharatnya bertambah..Bukan Mufti itu sendiri salah seorang ahli jawatankuasanya..
Maka cukuplah banding prestasi dan keupayaan Menteri PN dan PH, Cukup jika Mufti Utara membandingkan keupayaan Perdana Menteri zaman PH dan Menteri Kesihatannya.. Bukan dari hanya sudut Keupayaan Menteri dalam menghadapi krisis Ekonomi, malah dalam menghadapi Wabak Covid-19 ini,
Apakah Mufti lupa akan riwayat Makcik Teksi ? Cerita Bohong Israiliyyat yg cuba dibawa Mufti kononnya Kerajaan PN jauh lebih baik tangani Covid-19 ini..
Bukan kah hari ini Allah Zahirkan begitu teruk Covid-19 dibawah Kerajaan PN.. Sudah pasti angka 300 ribu Postif Covid sudah tidak terhitung dibanding 22 Kes di zaman Dr Dzul adalah menterinya.. Bayangkan Apa yang Mufti Jahat ini Hasut dulu ? Cerita berkenaan Pelancong China..Kes Covid-19 mengundang Mufti Serba tahu ini mengkritik Kerajaan.. Dan Sekarang diam membisu..
3- UKURAN MUDHARAT PERKAUMAN CIPTAAN MUFTI..
Jadi Apa ukurannya Mudharat yang diberikan contoh oleh Mufti jahat tadi ? Katanya sebab sekarang sudah tidak kedengaran sentimen dan api Perkauman kaum dan Agama.. Jika itu ukurannya, Jelas Mufti tersebut sungguh Jahil..Bukan sekadar Jahil, Bagi aku Jahat..!!
Mari kita tanya dengan jujur kepada Mufti Jahat tersebut ? Apa punca dan asas permainan Perkauman Agama dan Kaum ..Sila lah berikan jawapan.. Jika Mufti itu tidak jujur mari aku khabarkan akan Kejahatannya sendiri..
Antara sebab sentimen kaum dan Agama itu membarah dalam Kerajaan dulu disebabkan beberapa isu, Antara isu Adib, Isu arak, Isu Pemandu Mabuk, Isu SJKC, Isu Dong Zong, Isu LTTE, Isu BMF..Isu Hudud, Isu RUU 355.. Ini hanya sebahagian.. Apakah ia sudah tidak wujud sekarang ? Ia kekal wujud,
Sekolah Cina yang Mufti mahu haramkan dulu masih wujud, Jawi yang mahu diwajibkan kepada bukan Islam, Kini dasarnya kekal sama..Kes Adib masih tidak dijumpai pembunuhnya, kekal misteri.. BMF yang diperjuangkan kini kian mati..
Pemandu mabuk bukan semakin membarah, kini ia bukan lagi membunuh orang awam, Tetapi Anggota Polis yang sedang bertugas.. Dong Zong masih belum diharamkan.. Dan LTTE masih belum dibuktikan tuduhannya..
Bezanya tidak ada asatizah yang pro PH, tidak melabel Menteri atau dasar Kerajaan Sebagai Rahmatan LilKafirin atau setidaknya seburuk sindiran rambutan Pak Amin..
4- KEBENCIAN YANG DATANG DARI MUFTI SENDIRI
Jadi jika Mufti jahat ini jujur.. Segala sentimen dan Kebencian yang menjadi beban pada Kerajaan dulu.. Datang dari seruan kebencian dan hasutan bukan dari orang politik seperti PAS dan UMNO..Tetapi hasutan dan kebencian itu datang dari Mufti Jahat itu sendiri.. Kamu sendiri adalah pencetusnya..!
Nabi bila berlaku pergaduhan Ansar dan Mujahirin, Nabi menggunakan Kata “Seru” melibatkan Asahbiyah..Siapakah yang menyerunya.. sudah pasti ada yang menghasut..itu sebab Lafaz Nabi SAW..
مَا بَالُ دَعْوَى جَاهِلِيَّةٍ؟
“Ada apa dengan seruan jahiliyah itu?
Inilah Sifat yang menyesatkan Iblis..Iaitu Kebencian..Dan Sifat ini lah yang akan merosakkan Agama Mereka..dalam hadis Nabi disebut dikenal dengan Istilah Haliqah (حَالِقَةُ), iaitu Pemangkas Agama… sabda Nabi ﷺ..
، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ…
“Sifat Kebencian itu adalah pemotong; pemotong(Pemangkas) agama dan bukan pemotong rambut…”
5- HUKUM MENJATUHKAN KERAJAAN YANG SAH
Jadi Apakah Dosa bagi perampas ? apakah asas menjatuhkan kerajaan yang Sah ? Mufti yang datang aliran Imam Ahmad.. Aliran Wahabiyah mesti faham prinsip Taat kepada Pemimpin.. Maka Haram menjatuhkan Kerajaan jika bukan sebab Jelas terlihat tanda Kekufuran..
Apakah ada Dalil baru menjatuhkan Kerajaan PH sebagaimana Dalil Muhammad Ibnu Wahhab yang menyokong Penyamun Padang Pasir keturunan Saud bersama Thomas Edward Lawrence juga dikenal Lawrence Of Arabia merampas kekuasaan bumi Mekah dari Keluarga bani Hashim dan akhirnya menjatuhkan dinasti Turki Uthmaniyah..
Apakah asas kepada Ketaatan dan Bai’ah dalam mengulingkan pemerintah dari pemiliknya ? Kata Nabi ﷺ..
وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ، إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا، عِنْدَكُمْ مِنَ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ
Dan jangan menggulingkan pemerintahan daripada pemiliknya. Baginda berkata, ‘Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang jelas telah kalian dapat buktinya dari Allah SWT.”
( Riwayat al-Bukhari )
Kerajaan PH adalah kerajaan yang Sah dipilih Rakyat.. Mereka adalah pemilik sebenar Kerajaan melalui proses demokrasi..Benci atau tidak suka sekalipun, Tidak menghalalkan tujuan merampas Kerajaan.. Atas apa pun alasan..
Kata Nabi ﷺ, Selagi pemimpin itu mendirikan Solat.. Haram kerajaan itu dijatuhkan..Apakah pemimpin PH dulu tidak beriman ? Tidak Solat.. ? kelemahan kepada mereka tidak menghalalkan seorang Mfuti mewajarkan mereka dijatuhkan melalui jalan yang salah..
Apa kata Nabi ﷺ hukum nmejatuhkan Kerajaan dengan cara yang salah hatta mengangkat pedang terhadap pemerintah yang masih dipimpin mereka yang Solat.. ? kata Nabi SAW
لَا، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلَاةَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ، فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ، وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
Baginda bersabda: Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat bersama kamu. Jika kamu melihat sesuatu yang kamu benci daripada pemimpin kamu, maka bencilah perbuatannya, dan jangan meninggalkan ketaatan (kepadanya).”
( Riwayat Muslim )
6- ALLAH ZAHIRKAN KEJAHATAN ULAMA’..
Sudah pasti aku bersyukur.. Allah zahirkan Kejahatan hari ini bukan datang dari kalangan orang Politik..Hatta para Asatizah dan Mufti yang menghasut.. Rupanya Kebencian mereka kepada Arak, Pemandu Mabuk, SJKC, Dong Zong hanya menjadi alat Kebencian kepada Pemerintah..
Tapi harus diingat.. Kamu semua para asatizah, Ulama’ hatta Mufti.. Atas segala kejahatan yang dilakukan, Perhitungan Dosa dan Pahala kamu tidak akan terlepas darinya, hatta Kamu Mufti yang sentiasa dibibir menyebut Soal Sunnah..
Perhitungkan Kedudukan, jawatan kamu hari ini apakah atas jalan yang bathil ? jangan menganggap sebagaimana kelompok Khawarij..Mereka menghalalkan pembunuhan dan darah sesama Islam kononnya menantikan balasan Syurga, sebagaimana Pembunuh Uthman dan Ali.. Semuanya akan diperhitungkan..
Al-Ghasb(Perampas) adalah satu perbuatan yang zalim lagi haram. dengan mengambil hak orang lain secara Bathil.. Allah SWT berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil………”
( surah An Nisaa’ Ayat 29 )
Sebahagian Fuqaha mengingatkan akan perbuatan merampas atau mengambil hak orang lain ini, Mereka yang bersama mereka..akan menanggung akibat dan Kebinasaaanya..
الْأَيْدِي الْمُتَرَتِّبَةُ عَلَى يَدِ الْغَاصِبِ كُلِّهَا أَيْدِيْ ضَمَانٍ
“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan.”
Jadi bagaimana Sikap kita menghadapi orang yang Khianat ?
وَلا تَكُن لِلخائِنينَ خَصيمًا..
dan janganlah kamu menjadi Pembela.. bagi orang-orang yang khianat itu…
( An Nisaa ayat 105)
Bertaubatlah wahai Mufti..
Ipohmali
Tazkirah Khutbah Jumaat
26 FEB 2021