SAYA SEKADAR MAHU MEMBERITAHU...
- Ijazah Doktor Kehormat Universiti Negeri Padang, Indonesia
- Ijazah Doktor Kehormat Universiti Malaysia Sabah
Allayarham Ghafar Baba - Ijazah Doktor Kehormat Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Apa yang sama? Ketiga-tiga mereka ini adalah Mantan Timbalan
Perdana Menteri, dan tidak ada seorang pun yang pernah menggunakan gelaran Dr
di pangkal nama mereka. Kenapa? Kerana ia tidak dibenarkan, sekurang-kurangnya
dalam konteks Malaysia, dibimbangi ia disalah faham, disalah guna, dan
merendahkan martabat ahli-ahli akademik yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan
ijazah doktor falsafah atau ijazah kedoktoran mereka. Keratan akhbar di bawah
adalah dari The Star bertarikh 25 Jun 2017. Di seluruh dunia, pandangan
jumhurnya begitulah, boleh meletak ijazah doktor kehormatnya di bahagian
kelayakan, tetapi tidak boleh meletak gelaran Dr di pangkal nama mereka. Ada
pandangan lain mengatakan boleh meletak gelaran Dr HC atau Dr Honoris Causa,
bukan Dr semata-mata.
Keabsahan atau ketulenan anugerah itu suatu isu yang lain pula.
Tulisan ini tulisan umum. Tidak berkait dengan sesiapa, sama ada
yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Ketua Komunikasi Nasional
Gerakan Reformasi
98 - GERAK 98
#AkuKeadilan #kamikeadilan #neoreformia #LawanTetapLawan
#keadilan21tahun
#DSAI4PM #reformasi98 #GERAKANREFORMASI98
#GERAK98