JERAT UMNO MAKAN DIRI



NORMAN RADZUAN


Kenapa Mukhriz mahu PH hentikan desak PRU

MUHYIDDIN AKN KALAH... MAHATHIR PANIK

Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari penyokong 'Pejuang' dan Mukhriz sendiri. Saya tak pasti mahu ketawa, menangis atau maki hamun cadangan tersebut. Ia boleh diandaikan sebagai joke of the day.

Pertama mengapa tiba-tiba seolah mereka yang berkuasa ke atas PH sedangkan mereka bukan di dalam PH. Sesuka hati sahaja arahkan ingin bertanding 124 kerusi dan 94 dari PH. Saya tak boleh kata gila cuma saya nak beritahu mana-mana pemimpin PH yang menyokong... suruh berhenti jadi ahli politik bagus pergi aply kerja sebagai jururawat dkt Hospital Tg Rambutan.

Mukhriz tiba2 beritahu jgn paksa PN utk adakan PRU15. Nak bagitahu Mukhriz, PH tak desak PRU yg kita desak Muhyiddin serahkan kembali kerajaan ini kpd kerajaan PH. Tahu kenapa Muhkriz mahu kita berdiam dan tidak memberi tekanan kpd kerajaan PN? Faham2 sahajalah siapa di belakang PN.

Saya tertarik dgn analisis data yg dibuat oleh Isham Jalil, Ketua Penerangan BN Selangor ini. Dari analisisnya ada dua persamaan yg pernah saya tulis pada Mei 2020 dan sebulan lalu.

Pada Mei lalu ( jika tidak silap ) saya ada menulis jika Muhyiddin kembali bertanding di Pagoh beliau akn tewas. Bezanya saya tiada data yg lengkap sepertinya utk menyakinkan pembaca ketika itu. Nyata kenyataan saya itu sependapat dgn analisis Isham Jalil yg dibuktikan dgn data... yg saya rasa kemungkinan sumber data yg agak detail itu adalah dari sumber dalaman SPR sendiri...Wallahuallam.

Tahukan kalian pada PRU lalu... 10,265 ( Melayu ), 11,753 ( Cina ), 1,427 ( India ) mengundi Muhyiddin. UMNO atau BN hanya mendapat sekitar 800 undi Cina dan hanya 14 undi India.

Dari analisis tersebut Isham Jalil memberitahu andaikata Muhyiddin berjaya menarik pengundi Melayu barangkali hanya separuh daripada 10,265 kerana sejak PRU13 dan PRU12... PKR memang mempunyai 5-6 ribu pengundi Melayu di Pagoh.

Bermakna jika Muhyiddin bertanding di Pagoh walaupun dgn sokongan PAS tanpa UMNO... dia tetap akn tewas. Sebab itu saya menolak dakwaan Lokman Adam bahawa PRU15 akn diadakan dlm tempoh terdekat.

Dalil saya selagi UMNO tidak berjaya 'dihijack' ( sepertimana hujah Isham Jalil bersetuju PN mahu hijack UMNO ), Muhyiddin tidak akn berani menasihatkan Agong utk membubarkan Parlimen.

Semalam juga Zahid Hamidi tiba2 mengatakan mereka akn tetap bersama PAS. Kononnya ada pihak ketiga yg tidak senang hubungan antara PAS dan UMNO.

Kenapa Zahid Hamidi seperti menyembah PAS?... sebabnya mudah, saya yakin data yg sampai ke tangannya mengesahkan tanpa PAS...UMNO tidak akn kembali menjadi kerajaan.

Isham Jalil juga berpendapat dan mengambil satu contoh... jika di Pagoh berlaku pertandingan antara PN, BN dan PH ia akn memberi kemenangan kpd PH. Hanya kerjasama UMNO dan PAS sahaja BN mampu memang di Pagoh dgn majoriti tipis. Ini disebabkan kerana sentimen perkauman yg dimainkan tidak mungkin pengundi Cina akn mengundi UMNO, PAS atau Bersatu.

Daripada analisis Pagoh itu secara umumnya jika berlaku pertandingan antara PN, BN dan PH... PH mempunyai kelebihan utk menjadi kerajaan. Nakalnya Isham masih ingin berpolitik kononnya jika PH menang bermakna Dap akn menjadi kerajaan semula. Org UMNO tetap UMNO..(rasis) Description: 😂

Jadi jelas kenapa Mahathir, Mukhriz dan kononnya penyokong 'Pejuang' mahu bertanding lebih 100 kerusi, tidak mahu PRU dlm masa terdekat, menganggu PH hingga beberapa pemimpin Amanah dilihat sgt mesra dgn Mahathir.

Mahathir tahu... UMNO Pahang, UMNO Terengganu, UMNO Sepangor dan terbaru UMNO Perak menzahirkan menolak utk memberi ruang kpd Bersatu. Maknanya PRU15, Bersatu menemui jalan mati. Bermakna org harapan Mahathir iaitu Muhyiddin, Azmin, Hishamuddin akan tewas begitu sahaja tanpa UMNO.

Sebab itulah Mahathir mesti hancurkan PH dgn pelbagai cara. Siapa sangka beberapa pemimpin PH masih bergantung harapan pada seorang lelaki berusia 96 tahun yg baru sahaja merancang mengkhianati PH sendiri. Pelik bin ajaib...

'Darurat Politik' seperti dikatakan ramai penganalisis politik itu benar. Ia sekadar buy time utk Bersatu merancang sesuatu samada memujuk Presiden UMNO bersama mereka atau 'hijack' UMNO.

Akhirnya jerat UMNO makan diri. Muafakat Nasional dilihat berhasil mempengaruhi orang Melayu akhirnya muafakat ini berkecai apabila UMNO bersetuju untuk bekerjasama dgn pengkhianat yg akhirnya mereka sendiri dikhianati. Bukan sahaja UMNO dianaktirikan malah kekasih gelap mereka PAS dirampas dgn kuasa.

Ketika ini Bersatu pun masih was2 dgn PAS, UMNO pun masih was2 dgn PAS. Pendapat saya pertandingan 3 penjuru hampir pasti. Tidak mungkin UMNO mahu menjadi hamba Azmin dan Zuraida lagi serta membiarkan Muhyiddin menjadi PM.

Saya pun amat berharap akn berlaku pertandingan 3 penjuru atau sebaiknya 4 penjuru. Kelebihannya tak susah la nak berkempen. Takkan BN dan PN nak mainkan sentimen perkauman sb dua2 mahu jadi hero Melayu.

PN

BERSATU

PAS

GERAKAN

BN

UMNO

MIC

MCA

PH

PKR

DAP

AMANAH ( JIKA PATUH DGN LEGASI PH)

PEJUANG

WARISAN

ANAK MUDA