BOB KELANANG
Macam aku ader cakap hari tu la... buku memoir bekas Peguam
Negara Tommy Thomas memang mengundang banyak cerita dan sudut pandang yang
berbeza... ramai orang yang tersabit nama mereka dalam buku ini... paling
ketara adalah cerita Mahathir Mohamed, Anwar Ibrahim dan Najib Razak...
Ader gak dalam buku ini terkait dengan PAS dan Adib Bomba...
Aku ader cakap sebelum ni... kalau ader sesapa yang xpuas hati
terhadap Tommy Thomas... boleh ja saman Tommy Thomas atas kandungan buku memoir
bekas Peguam Negara Tommy Thomas (My Story: Justice in the Wilderness) ni...
xder hal...
Daripada sembang bising ja... xguna semua tu... baik ambil
tindakan undang-undang DAN guaman... apa lagi tunggu... tak perlu tepis
sana-sini... straight to the point...
Nampaknya... at least Najib Razak berani... dia dah arahkan
peguam glamer dia Muhammad Shafee Abdullah untuk failkan tuntutan gantirugi
RM10 juta DAN permohonan maaf yang sebenar-benarnya... atas alasan dikaitkan
dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu...
Dalam memoirnya, Thomas berkata Sirul telah memberikan bukti
yang membenarkan dakwaan tertuduh bersama Azilah, yang membabitkan keterlibatan
Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya.
Thomas berkata dia diberitahu Sirul sebelum itu telah
memaklumkan kepada pihak berkuasa Australia bahawa dia diarahkan untuk membunuh
perisik asing, seperti yang didakwa oleh Azilah.