APAKAH VAKSIN COVID19 HERO NEGARA?

 

Menurut laporan berita semalam, pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini.

Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Soalnya, perlukah pembelian dan penghantaran vaksin Covid19 diraikan sebegitu rupa?

Apakah ia hero negara?

Sejarah apa yang mahu diraikan dengan pembelian vaksin itu, walhal semua negara di dunia ini turut membelinya?

Apakah vaksin itu ciptaan pakar-pakar perubahan daripada Malaysia?

Kenapa negara-negara lain yang lebih dulu menerima vaksin seperti Singapura, Indonesia, Myanmar, Nepal, Bangladesh dan lain-lain negara tidak meraikannya seperti negara kita?

Apa masalah kita?

Sudahlah kita lambat menerima vaksin berbanding negara lebih ke belakang seperti Myanmar, Nepal dan Bangladesh, apa sebenarnya keperluan meraikan kedatangan vaksin dengan pesawat membawanya dihiasi dengan jalur gemilang?

Bangga sangatkah kita dengan vaksin yang dibeli dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 bilion itu.

Ehhh…makin entah-entah apalah era PN jadi kerajaan ni!! 


(Shahbudindotcom 20/02/2021)