APA LAK LEBAI HADI TARIK SAMAN

 

BOB KELANANG



May be an image of 1 person and smiling


DOK TAK DOK HADI BEWOK BATAL SAMAN...

 

Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang, “dok tak dok” tarik balik kes saman malunya terhadap Ketua Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Abdul Hadi saman Clare Brown kerana dalam ulasan bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections” di mana, antara lain, disebutkan bahawa bekas Perdana Menteri itu cuba "memikat" Pas dengan sogokan RM90 juta.

Masa Pas Abdul Hadi mengemukakan saman sivil itu, saya sudah berasa ada sesuatu yang tidak betul dan tidak masuk akal. Maksudnya, macam mana sebuah parti yang mendakwa menegakkan Islam dan bercita-cita mendirikan “Daulah Islamiah” (Negara Islam) sanggup pergi ke negara kafir dan guna undang-undang yang tidak islamik untuk menebus maruah beliau yang tercemar?

Masa Abdul Hadi kemukakan saman itu, banyak orang kata mereka akan lebih percaya Pas tidak terima rasuah itu kalau beliau bersumpah di masjid dengan nama Allah dan Al Quran. Tetapi Abdul Hadi dan para penasihat beliau memilih untuk menebus maruah dan nama baik parti mereka di mahkamah sebuah negara bukan Islam – negara kafir.

Mereka begitu yakin sehingga sanggup membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membayar upah peguam dan belanja mahkamah. Percaya dengan tindakan ketua nombor satu mereka maka ahli dan penyokong Pas dengan murah hati menderma, dikatakan sampai RM2.1 juta, untuk membiayai saman di negara kafir itu. Sekarang tiba-tiba Abdul Hadi batalkan saman itu dan kononnya akan diselesaikan di luar mahkamah.

Perintah persetujuan mahkamah London bertarikh 1 Februari berkata bahawa yang menuntut (Honourable Abdul Hadi MP) dan defendan (Claire RewCastle Brown) bersetuju Abdul Hadi memberhentikan tuntutan, defendan (Claire Brown) memberhentikan tuntutan balas dan tidak ada perintah mengenai kos.

Maksudnya Abdul Hadi batal saman ke atas Claire Brown dan Claire Brown batal saman balas ke atas Abdul Hadi. Tidak ada perintah mengenai kos atau ganti rugi. Maka mulai sekarang apa yang berlaku di antara Abdul Hadi dengan Claire Brown mengenai dakwaan rasuah RM90 juta itu bukan lagi pengadilan mahkamah tetapi perundingan antara peguam. Sekiranya dan apabila penyelesaian dicapai, ia bukanlah penyelesaian mahkamah tapi sekadar hasil rundingan di antara peguam Abdul Hadi dengan Claire Brown.