ANTARA TAMAN BUNGA TROPIKA DAN KAKTUS

 


Sikap Pas mandi dalam dua kolam atau bermain dalam dua taman sudah menimbulkan masalah kepada parti agama itu. Secara tidak sedar ada dua puak dalam Pas sekarang ini yang tidak sehaluan dan menegakkan perasaan masing-masing.

Satu puak yang suka dengan kolam yang mula-mula (Umno) satu lagi suka kepada kolam kedua (PPBM). Bagi yang mula meletakkan kaki dalam kolam atau taman Umno mengira air kolam itu berkhasiat buat mereka atau taman itu mendamaikan.

Sebaliknya dinafikan oleh mereka yang mulai merasai nyaman dan serasi dengan air kolam atau taman PPBM dan mempertahankan yang kolam dan taman PPBM lebih menarik, dan indah dengan segala macam haruman yang ada.

Puak ini perdebat kolam atau taman Umno sudah pernah "mengecong" memperdayakan mereka sebelum ini, sementara kolam dan taman PPBM masih original tidak pernah mengecong mereka.

Ekoran berlaku perselehangan dan berbeza pandangan ini mungkin menyebabkan timbul cerita kononnya ada ribut dalam cawan atau bueh dalam cappuccino politik Pas.

Pergolakan ini cuba dinafikan tetapi naratif ke arah perbalahan itu terus berlaku. Perang psikologi sesama pemimpin Pas kini berlaku dalam senyap ia umpama api dalam sekam.

Diharap Pas tidak membiarkan ini dan perbezaan pandangan itu perlu dihuraikan segera.

Terbaik

bagi Pas kena putus dan memuktamadkan kolam dan taman mana mereka mahu pakai, dan yang mana terpaksa ditolak. Dalam membuat keputusan ini Pas perlu bijak ia biarlah menguntungkan jangka panjang.'

Dengan mudahnya, apakah Pas mengira Umno survive berbanding dengan PPBM parti yang baru berusia setahun jagung. Hari ini kalau Pas terliur kepada keindahan, kebendaan, pangkat dan kedudukankan kerana PPBM boleh menyediakan tetapi tidak Umno. Namun yang perlu diperhitungkan parti manakah dalam Piraum ke-15 akan dapat dikutip maaf oleh Pas.

Hari ini walaupun Pas cuba menyatukan dua kolam dan taman itu, ia tidak mungkin, kerana kolam Umno airnya masih, kolam PPBM airnya berasid. Taman Umno penuh dengan kaktus, sementara taman PPBM dipenuhi dengan bunga-bungan tropikal mempesonakan. Trims.