Warganet ‘sekolahkan’ Ketua Pemuda UMNO: ‘Tengku Zafrul sahkan Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB’

Oleh Zamzani Husin

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah berkali-kali menegaskan bahawa RM205.49 juta wang Tabung Harapan telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB pada 2019.

Malah perkara ini turut disahkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen pada Ogos tahun lalu.

Pun begitu, status Tabung Harapan masih terus dipolitikkan pemimpin kerajaan dan penyokongnya.

Terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan “Apa khabar Tabung Harapan ya?” menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter.

Ia mengundang kecaman warganet yang berkongsi semula rakaman penjelasan Zafrul di Parlimen berhubung Tabung Harapan.

Terdapat juga pengguna Twitter yang mempersoalkan kredibiliti Ketua Pemuda UMNO itu susulan ciapan tersebut.

Untuk rekod, kerajaan PH mewujudkan Tabung Harapan bagi membolehkan orang ramai menujukkan semangat patriotik dengan menyumbang kepada negara.

Kerajaan PH ketika itu terpaksa menanggung hutang yang besar hasil peninggalan kerajaan Barisan Nasional. 