Tangguh belajar PASTI last minit, Pas kena maki dengan ibu bapa

 

Tangguh belajar PASTI last minit, Pas kena maki dengan ibu bapa

Rata-rata mengecam tindakan last minute itu yang telah menyukarkan para ibu bapa yang telah membuat persiapan anak-anak mereka.

Malah ada ibu bapa yang memberitahu, mereka telah pun pergi menghantar anak-anak mereka ke pusat pembelajaran milik parti politik itu namun sebaik sampai barulah mereka tahu pembelajaran ditangguhkan.

Ada ibu bapa yang memaklumkan mereka telah pun mengambil cuti untuk menghantar anak mereka sekolah pada hari pertama.

“Benda mudah.. maklum awal la.. itu pun susah ker.. kita kerja bkn dgn company mak bapak kita sendiri.. nk ambik cuti lg.. sy sbg pnjaga blh la merancang anak nk letak kat mana klu xleh skolah..,” kat seorang bapa pelajar PASTI di laman Facebook Pemuda Pas.

“Bila PASTI x pasti tadika akan bukak ke tidak..lepas tu last minit buat keputusan tadika ditutup..mangsanya ibubapa dan anak yg semangat nk ke sekolah..bukan x tau kes mmg dah tinggi tp saje je kot nk tunggu last minit untuk bg semua settle..igtkan bapak budak je kena scam..anak pun kena scam..haha,” kata seorang lagi bapa.

Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin lewat malam tadi:

PENANGGUHAN PENGOPERASIAN (SECARA FIZIKAL) PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) SELURUH NEGARA BERKUATKUASA 20 JANUARI 2021 SEHINGGA 4 FEBRUARI 2021

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian bersama Jabatan PASTI Malaysia pada malam ini membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN PENGOPERASIAN PASTI (SECARA FIZIKAL) di seluruh Malaysia berkuatkuasa mulai 20 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021.

Keputusan besar dan berat saat-saat akhir ini dibuat berdasarkan empat faktor berikut:

1. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia di majoriti negeri di Malaysia;
2. Perkembangan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat;
3. Penularan wabak COVID-19 yang makin berleluasa;
4. Keutamaan untuk memelihara nyawa berbanding keutamaan lain menurut maqasid syariah.
Walaubagaimanapun, operasi pembelajaran PASTI akan diteruskan melalui pembelajaran secara atas talian atau rakaman audio visual atau melalui pengedaran bahan pembelajaran bercetak atau mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai, selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

Keputusan ini akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini wabak COVID-19 dan arahan Kerajaan Malaysia.

Semoga keputusan yang besar ini dapat membantu usaha Kerajaan Malaysia melandaikan lekuk jangkitan dan membendung penularan COVID-19.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan PASTI Malaysia turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada semua waris dan pihak-pihak yang berkaitan atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kepercayaan anda kami hargai.